SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 17, 2019

resipi mudah : nasi goreng kampung pedas

kalau bujangan, resipi ni sesuai kalau tetiba lapar sangat, lepastu ada nasi putih yang tak habis lagi dalam periuk nasi tu. ha, terus boleh buat.



bahan tumbuk:

  • bawang putih 3-4 bijik
  • ikan bilis ikutla agak nak banyak mana untuk bagi rasa
  • cili padi 5-6 ikut kepedasan korang
bahan lain :
  • nasi putih yang korang dah ceraikan ceraikan bagi sebutir sebutir
  • telur sebijik dah kacau
  • garam secukup rasa
  • kalau nak masuk bahan lain tu terpulang nak cepat sebab lapar tak payah

cara masaknya:
  • panaskan minyak dalam kuali/periuk
  • masukkan bahan tumbuk dalam lesung tadi gaul rata
  • dah agak garing sket, masukkan telur dekat tengah ke tepi ke terpulang bagi dia masak sket je pastu cecepat kacau rata dengan bahan tumis tadi
  • lepastu masukkan garam secukup rasa
  • akhir sekali masukkan nasi putih gaul rata rata tau bagi sume bahan tadi meresap dengan nasi barulah rasa pedas masin sume cukup
  • siap
  • kalau nak tambah ikan bilis goreng ke dengan telur mata pun boleh je

ni ialah resipi nasi goreng yang mak mak kita akan buat time sarapan ke atau time lapa lapa bebila masa. sekali makan leh 2-3 pinggan wei. seyes sedap. simple bahan sume memang guna mana ada kat dapur dan yang penting sedap sedap sedap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails