SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 27, 2020

Laksa Johor Cik Zira

seumur hidup selama 34 tahun, baru haritu masa ramadhan terkandas dekat rumah abah ada keberanian nak buat laksa johor. selama ni tak berani seba tahu renyah. kalau makan orang masakkan ke atau beli memang laju je. nak buat sendiri tu, bercinta lah sangat. tak tahu kenapa malas.

tapi haritu, 3 Ramadhan tak silap, cik zira try buat. google resipi. kebetulan dalam esbok pun ada ikan abah beli kecik kecik. bolehlah buat. plus guna pressure cooker ewant baru tu kan. rebuslah ikan dalam tu bagi lembut selembutnya sampai ke tulang senang nak blend.

haritu takde daun kesum dengan bunga kantan dan daun pudina kira tak cukup bahanlah.

alhamdulillah menjadi. cuma kurang power. kena perbaiki lagi lain kali kalau ada kerajinan nak buat. kena belajar lagi. tak semua kita masak menjadi sedap power kan. kadang ada yang tak jadi tapi bukanlah kata tak sedap sedap je cuma kurang powernya.




tapi tengok atok nenek cikna khalisah selera je makan masa berbuka dan lepas terawih tu pun dah cukup buat cik zira tersenyum lebar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails