SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 15, 2020

Tema Rock & Roll Cik Zira

bagi yang follow dan kenal cik zira dari cik zira zaman blaja lagi, korang mesti tahu betapa cik zira suka sangat majlis yang ada tema tema bagai ni. memang teruja sangat kasilah tema warna sekalipun akan cik zira ikut tema dengan jayanya.

dan majoriti memang akan menang best dress. sebab apa? cik zira sorang je beria lebih. manalah tak menang. orang lain biashe biashe je.

macam macam tema dah sejak zaman maktab dengan uum. sampailah dah jadi cikgu ada hari guru ke, hari merdeka ke annual dinner ke, memang time untuk cik zira merah ni melaram.

ok, baiklah. untuk tema kali ini iaitu Rock & Roll, cik zira mempersembahkan... (drum rolls)







tadaaa...
ha, onz tak onzz?
ni masa dinner dengan encik suami bulan Februari lepas dekat Hard Rock Hotel Penang. tema rock n roll tapi bagi tahu siap siap. cik zira kalah. huhu. tak dapat hadiah best dress RM1000. yang menang pakai jaket jeans pakai seluar jeans je tapi menang. tu bukan tema rock n roll tu tema denim. sebab cik zira turun lambat dorang dah start dah. takpe, takde rezeki tapi best je dapat dengar Dato Ramli Sarip nyanyi live.

sekarang cik zira nak share apa yang cik zira pakai eh.

1.Tudung Bawal Aaliya warna hitam bidang 45, tudung ni cik zira masukkan ke dalam jaket tu sebab still nak tutup dada - ig @hijabersfever_ RM25
2. Jaket Kulit Hitam - beli dah lama bertahun dah dekat kedai kedai siam tak silap harga RM25-30 macam tu
3. Skirt tutu green black - beli dekat shopee harga RM30
4. Seluar Hitam Slack - Brands Outlet RM49
5. key merah dekat leher - shopee RM4
6. Sarung Tangan Merah kulit - shopee RM17 sepasang
7. Boot Hitam - RM42 pun shopee
8. Cermin Mata Hitam - cotton on RM30

ada yang cik zira memang dah ada, ada yang cik zira memang tambah untuk dinner tema rock n roll ni haritu. sebab nak bagi ikut tema tapi dalam masa yang sama still muslimah dan tak perlu pun seksi seksi.

wajib kena ada MERAH. makeup sendiri je. tak sempat nak upah MUA bagai. sendiri jela.

cukup dah rasanya perkongsian untuk TEMA ROCK & ROLL CIK ZIRA untuk post kalini. semoga dapat membantu dan memberi idea sedikit sebanyak untuk korang yang tengah search untuk tema majlis rock n roll korang.

selamat melaram!

1 comment:

COVID 19 said...

Skirt tutu tu amek yg size brapa ye ? Pndek la kannn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails