nak mengimbau kembali kisah merentas negeri cik zira 2 Mei yang lepas. cik zira pergi balai polis Durian Tunggal setelah duk dalam rumah sejak sampai Melaka 15 Mac tu. pertama kali keluar terus ke balai polis nak minta izin rentas negeri balik Penang.
alhamdulillah dipermudahkan dan dapat surat kebenaran PDRM untuk merentas negeri. disebabkan cik zira nak balik ke station, balik ke rumah sendiri dan perjalanan sehala. jadi, memang dapat kebenaran. rasa macam bersyukur sangat akhirnya setelah sebulan lebih dekat umah abah, dapat balik rumah sendiri.
pinjam kereta adik kebetulan tinggal dekat rumah abah, kereta manual, seb baik reti bawa manual lagi. dua kali roadblock dekat tol ayer keroh sekali dengan tol jambatan penang sekali. tunjuk je surat polis kasi lepas. siap polis pesan hati hati ye memandu.
alhamdulillah selamat sampai penang selepas sebulan lebih sang isteri berpisah dengan sang suami, si anak anak berpisah dengan anak anak.
syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan. perjalanan yang mudah. anak anak pun ok dalam kereta walaupun takde car seat walaupun khaliq ke depan ke belakang ke tepi jatuh terhantuk semua. ibu dah jerit dah mak ko hijau segala.
PKP mengajar kita rakyat Malaysia banyak benda. salah satunya, menghargai perpisahan sementara dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada. alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment