SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 2, 2024

Wantan Mee 1st Avenue Mall

lepas tengok Memoir Seorang Guru jumaat lepas, terus masuk food court dekat 1st Avenue tu. lama sangat tak jejak kaki masuk walaupun banyak kali duk ulang alik 1st Avenue ni. 

dua dua nak makan mee wantan. ada nampak gerai mee wantan chinese muslim. ownernya perempuan cina pakao tudung cakap melayu lembut sopan. siap suggest lagi menu untuk kitorang. 

khalisah amek mee wantan kicap biasa portion pun biasa harga RM10.90. ibu pulak amek Crispy Wantan Mee Creamy Egg Sauce RM11.90. panjang betul nama.


sekejap je siap tak tunggu lama. masa dapat mak ai, portion banyak betul. kalau siapa makan sikit, boleh shre berdua. nasib khalisah pun amek set biasa tak amek yang besar. kalau amek yang besar jenuh nak perabih. ibu punya tu pun dalam mangkuk beso betul. nasib sejenis makan jugak bagi habis tak suka bazir-bazir. 

memang rasa chinese cook rasa tak heavy simple tapi ok sedap. yang penting harga murah dan portion beso! kalau pening masuk 1st Avenue tu tak tahu nak makan apa dekat tingkat bawah, pergi tingkat atas food court cari kedai mee wantan. boleh cuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails