SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 29, 2024

Ku Cari Damai Roomstay Kulim

 check in sekejap 1 malam di Kulim. kalini kita try roomstay yang ada 1 Queen Bed dan 1 Single Bed. Nama roomstay ni Ku Cari Damai yang terletak di Kampung Keladi kawasan kampung tau. 

Roomstay ni ada dua bilik bersebelahan je. 1 bilik cat hijau 1 bilik lagi cat kuning. kawasan tanah dia pun luas kalau nak buat gathering ke family day ke sesuai jugak tapi untuk jumlah yang tak ramailah sebab bilik ada 2 je kan. 











yang bestnya sebab buka pintu bilik je terus boleh terjun kolam dekat depan. kolam pun agak besar ada kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. bila check in roomstay macam ni yang bestnya boleh mandi suka hati nak mandi bila, malam pun boleh takde siapa marah. 

masa check in ni kitorang satu bilik je, bilik sebelah tak ada orang jadi macam kawasan ni kitorang bertiga je. 

untuk bilik pulak saiznya taklah kecik taklah terlalu besar. tapi cukup ada ruang untuk solat. disediakan sejadah iron tuala macam biasa. TV ada astro. bilik air bersih. 

dekat luar ada buaian tau. tiga orang boleh naik dan main buaian tu fefeeling la kan angin sepoi sepoi. 

Harga untuk 1 malam weekend RM200 weekdays RM180. Boleh hubungi wasap.my/+60175912562 untuk sebarang pertanyaan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails