SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, November 17, 2024

JJCM Parit Buntar : Ghalik Cafe

pergi kenduri dekat Siti Homestay Bandar Baharu singgah Ecoshop pastu masuk Ghalik Cafe nak tapau makan. dari ecoshop dalam 6 minit je.

kedai cantik comel. menu pun menarik pelbagai menu makanan, minuman pun. cikzira bungkus je nak bawa balik sebab dah makan dekat kenduri. 

macam biasa ok, caption dekat gambar eh:

Mee Sanggul Udang
RM9.90

Nasi Chicken Buttermilk
RM14.90

Char How Fun
RM10.90

Kopi Sawah Ais
RM7.90

Milk Tea Ais
RM7.90

Choco on Top Ais
RM9.90

Ghalik Cafe Parit Buntar : kedai cantik comel, harga makanan pun berpatutan. portion bungkus banyak. air pun cup standard tak sikit sangat. makanan pun ok ada rasa. kalau korang jalan parit buntar, boleh try Ghalik Cafe ok! ⭐️⭐️⭐️

Saturday, November 16, 2024

JJCM Penang : Zalqa Penang Arabic Restaurant

tadi pergi makan dekat Zalqa Restaurant dekat Times Square. sebab esok besday babah 17.11 tapi sambut siap siap gi makan, esok nak gi kenduri kawen. 

kedai cantik warna turqoise. besar luas selesa. ada space untuk buat majlis dinner jugak. bilik VIP pun ada jugak untuk 10 orang macam tu ada 4 bilik. staf zalqa tolong bawa review bilik tingkat atas. 

makanan macam biasalah kan, makanan arab nasi arab yang banyak jenis tu. salad shawarma kebab sume tu macam kedai arab lain jugak. 

banyak betul cikzira order tapi nasib tak bazir, sume habis ada tapau sikit je bawa balik. macam biasa, harga dekat caption gambar eh. 

Zalqa Shawarma RM27

Ice Lemon Tea RM6

Lamb Mandi RM38

Chicken Mandi RM29

Mushroom Cream Soup RM12

Salta Lamb Set RM28
Mulawah RM5

Fettuccine Crepe RM20

Banana Chocolate Stick RM20

untuk tempat memang A+ luas selesa besar. servis pun laju kejap je makanan sampai. untuk rasa makanan tu standard rasa makanan restoran arab. cikzira lagi prefer tazaa sebab nasi tazaa lagi sedapšŸ«£

tapi kalau korang nak try makanan arab dekat penang, boleh cuba zalqa ni ok. 

Sunday, November 3, 2024

Teratak Ummi Homestay Hutan Kampung Alor Star

Jom baca review kalini cikzira check in RUMAH REHAT Teratak Ummi

kebetulan nak ke jitra, dan ada kenduri 2 November, jadi carilah tempat cantik nak check in yang wajib ada kolam.

jumpalah Teratak Ummi ni yang terletak di Hutan Kampung tengah tengah nak ke Alor Star dengan Jitra. 

Dekat sini ada 5 teratak tau. kalau nak buat family day sangat sesuai sebab ada pantri ada dapur boleh masak-masak. kawasan pun luas jugak ada tanah. parking pun boleh muat 6 kereta. 















teratak pun cantik okeh ala-ala balik kampung sebab rumah kayu. yang paling penting kolam luas jugak dan ada slide. ni yang paling menarik untuk anak-anak. Abdul Khaliq petang mandi, malam mandi pepagi esoknya pun mandi lagi 3 jam lebih. puas hatilah dia. 

cikzira check in dengan khalisah, abdul khaliq, kakfarah mika dan acu. jadi kitorang check in teratak iris. sesuai untuk 4-6 orang. ada queen bed, ada tilam single dengan sofa bed. harga untuk weekend RM320/malam untuk teratak iris ni. 

cikzira suka sangat stay homestay macam ni kawasan kampung rumah pun ala kampung cantik sangat. 

korang boleh contact owner : wasap.my/+60125755303 ya. owner peramah dan servis laju je. confirm puas hati. 

#homestayreview #homestaypool #homestaypoolhutankampung #homestaypoolalorstar 

Friday, November 1, 2024

JJCM Penang : Thai Smile Perda

semalam tak tahu nak lunch dekat mana. kalini lunch berlima dengan cikbahirah dengan haura sekali sebab cuti balik seberang. dapat jumpa kita lunch sama sama.

jadi JJCM kalini ke Thai Smile Original Thai Food yang baru jugak buka sederet dengan CEO Kids tu. senang je nak cari. sederet tu jugak ada Dapoq Maktok yang cikzira pernah pergi jugak. 

Alamat : Thai Smile Original Thai Food, No. 9 Jalan Perda Jaya, Bukit Mertajam Penang. 

ok, macam biasalah tengok gambar dan caption ya. nasi putih sepinggan RM2 normal portion tak banyak tak sikit.

Siakap Stim Limau RM35
8/10

Udang Petai RM15
5/10

Lala Masak Pedas RM13
5/10

Sotong Goreng Tepung RM15
sotongnya sikit, campur enoki
8/10

Telur Dadar RM2.50

Sambal Belacan Timun FOC

kopi o ais RM3.50, sirap ais RM3.50
fresh orange RM6.90


Thai Smile Origin Thai Food Perda : kedai luas selesa simple. selalu kan pergi makan kedai tomyam tepi jalan kalini vibes up sikit kedai tomyam dalam ekon. makanan portion sedang sedang. rasa tu oklah nak kata terlalu sedap tu taklah. dia macam kalau tak tahu sangat nak gi makan dekat mana, bolehlah mai makan sini. ok?

Sunday, October 20, 2024

Yusra Pool Villa Parit Buntar

ok pembaca blog merah cikzira sekalian, kalini cikzira nak review homestay villa private pool yang ada 5 bilik di parit buntar dekat dengan mydin. 

Yusra Pool Villa ni sangat sesuai untuk buat family gathering yang ada family ramai. tanah villa ni luas sangat boleh park dalam 3-4 biji kereta dalam rumah kalau lebih park depan rumah. surau pun depan je beberapa langkah sampai surau. 

pool belakang rumah buka pintu dapur nampak pool. cantik. kawasan belakang villa ada tempat untuk buat BBQ. 




























ruang tamu sangat luas. bilik air semua cantik. dapur pun cantik macam macam kemudahan ada. washer dryer, dapur untuk memasak. peti sejuk besar. setiap bilik ada ekon kecuali ruang tamu masa cikzira check in belum pasang lagi. tv ada di ruang tamu dengan master bedroom pun ada tv. 

mesti nak tahu harga kan. ni cikzira reveal harga untuk 2024. kalau weekdays RM800, weekend RM900, public holiday RM950. untuk homestay villa secantik Yusra Pool Villa ni cikzira rasa amat berbaloi kalau korang family ramai nak staycation ke family day ke kan. sesuai sangat. berbaloi sebab nak selfie pun banyak port OOTD cecantik. 

untuk pertanyaan lanjut, boleh whatsapp wasap.my/+601155858090

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails