SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 22, 2010

isnin yang tenang


setakat waktu sekarang, pukul 7.45 mlm, cik zira boleh katakan yg hari ni merupakan hari yang tenang buat cik zira, walaupon org kata selalunya isnin hari permulaan yg tidak disukai oleh ramai
malam tadi dan pagi tadi sebelum gi skolah, takut sangat sbb hari ni kena masuk kelas nakal :
3 Bijak tuh, mmg sangat takut dan perasaan malas menguasai diri
tapi alhamdulillah, oleh kerana doa yang tak putus kepada Allah, maka doa dimakbulkan
syukur alhamdulillah
budak2 3 Bijak hari ni baik dan mendengar kata, mungkin kerana takut dengan leteran dan kena marah dengan cik zira kelas terakhir sebelum cuti hari tuh
atau mungkin juga kerana Pn. Chan ada di belakang,
tak kisahlah sebab ape pon, asalkan dorang berkelakuan baik hari ni, harap2 hari khamis ni dorang macam ni jugak, baru seronok nak belajar, AMIN
dahla setiap kali masuk kelas 3 Bijak ni time cik zira puasa plak tuh, isnin dan kames
sebab tuh harap sangat dorang jadi budak baik dan tak menggila macam hari tuh


hari ni, lepas balik sekolah singgah recsam hantar invois dekat mami
lepas tuh lepak jap, lepas tuh balik bilik
balik bilik tuh sempat update 1 entry petang tadi
lepas tuh basuh baju, mandi dan solat


lepas solat zohor tuh, hujan turun dengan nikmat
cik zira yang agak sedikit penat dan mengantuk terus terlelap
besh sangat tdo sebab tadi kat sekolah tersangatlah mengantuk


dekat sekolah, cik zira & asha dah dapat 1 keje baru, ktrg kena buat jadual giant dekat opis
untuk semua cikgu, tampal magnet utk kelas dan subjek
cikgu dahla nak dekat 75 org, kalo sehari dapat siapkan 5 cikgu, amek masa 2 minggu jugak nak siapkan,, nanti bila2 cik zira cite pasal keje ktrg yg ni ye
nampak senang tapi susah,,hee
takpe, sumenye pengalaman


tadi lepas solat asar, buat keje sket, tak siap lagi
azan maghrib, berbuka puasa
tadi dah tapau segala kuih muih da siap2 amek kat recsam
cik zira buka dengan goreng pisang, lepat pisang dan cucur sayur cicah sos
kalo lapa kang makan roti dan mufin, malam ni malas turun kafe sbb keje banyak
esok nak kena observe, kenalah prepare sket2 walaupon lesson plan simple yang amat


nak solat maghrib, lepas tuh nak siapkan keje2 dulu baru start wat teaching aids utk besok
harap2 malam ni jugak tenang dan barulah boleh kata isnin yang tenang
sampai tdo malam kang, tak tahu tdo kul bape, pon harap2 sumenye tenang,, insya Allah


yela, bila hati rasa tenang, nak wat keje pape pon tak rasa beban
baru seronok,,


okeh, da lewat ni, mahu solat maghrib dahulu
selamat makan malam ye kepada yang belum dinner lagi tuh,,=)


gambar tatapan:

akan tersenyum jika hati tenang,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 22 mac 2010 7.58 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails