SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 15, 2010

selesai tugas



alhamdulillah
akhirnya tugas yang diberikan kepada cik zira dan asha telah dapat diselesaikan sebelum tamat dan berakhir minggu ke-10 di SKBL ni,,


seperti yang cik zira pernah bg tahu
cik zira dan asha ditugaskan menyiapkan Jadual Induk Guru SKBL yang sangat besar dan rumit itu, jadual tuh guna magnet bulat kecik2 tuh dan guna sticker bewarna


sebelum ni, mesti ramai cikgu yang buat jadual ni
tp kali ni, hanya cik zira ngan asha jew yang buat
dan alhamdulillah
dalam masa 2 minggu macam tuh ktrg dapat siapkan







kat board besar tuh hanya cukup utk 70 org guru sahaja
dan setiap guru tuh ada jadual masing dari hari isnin sampai jumaat
jadi bayangkanlah, 70 org guru, aja subjek yang berbeza, tahun yang berbeza


ktrg akan sampai kat sekolah kul 6.45 pagi
sampai2 jek tulis kedatangan pas tu terus wat keje ni
kena wat 1-1 supaya tak silap
kena pastikan warna magnet yang betul, warna sticker yang betul dan lekatkan magnet pon pada waktu yang betul


tugas asha lekat sticker pada magnet dan tgk jadual
tugas cik zira amek magnet tuh dan lekat pada waktu yang betul


mmg kerja keraslah ktrg
sehari kadang2 dapat siapkan 5 org cikgu
kadang2 paling banyak 10-11 org cikgu
mmg kena teliti kalo silap sket, akan silap semua


dapat siapkan selasa ari tuh
sangat lega sebab dah tak payah nak datang wat keje tuh lagi
dah boleh berehat2 wat pape yg patut di bilik guru seperti sediakala,,=)


ini antara sumbangan cik zira dan asha kepada sekolah selain sumbangan lain2,,
minggu hadapan minggu terakhir di sekolah ini
selamat tinggal wahai sume
eh, belum2
minggu depan baru boleh ucap selamat tinggal,,;)




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 15 april 2010 12.45 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails