SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 14, 2010

alkisah raya 2010





assalamualaikum dan SALAM SYAWAL nan indah
untuk entry kali ni, insya Allah entry panjang 'sedikit' ye, boleh kan,,
dah lama tak taip entry pepanjang kan kan










entry ni nak buat ringkasan sedikit lah apa yang cik zira lalui dari 1 syawal sampailah semalam, 4 syawal
pastu nak tepek gamba sikit-sikit, cerita details tentang gamba akan diceritakan dalam entry kemudiannya
insya Allah










mari kita menelusuri aktiviti cik zira satu persatu ye ^______^












1 SYAWAL


  • pagi syawal tahun ni cik zira mandi awal - kalau sebelum sebelum ni mandi masa sume lelaki gi solat raya, kali ni sebelum dorang mandi cik zira dah siap mandi, awal kan awal kan, sebab kalau mandi lambat, cik zira akan menjadi orang paling lambat siap. syukur tahun ni cik zira dapat siapkan diri mengikut masa yang sepatutnya,, hee
  • sesi bersalaman seperti biasa cuma ramai yang takde seperti tahun lepas semua sekali ada, tapi tetap meriah dengan kitorang yang ada ni
  • sesi bergambar juga seperti biasa cuma di rumah buyut tidak sempat bergambar
  • hujan turun pada 1 syawal ini
  • pergi rumah tokyam (belah arwah mak) dan bergambar dengan tokyam dan semua yang ada kat rumah tokyam
  • abah, auntie zie dan ina sampai tengah hari, tak sempat nak bergambar 1 keluarga tahun ni, insya Allah tahun depan dengan baju tema yang sama keenam-enam kami, insya Allah,, =)
  • mengadakan perbincangan keluarga dan alhamdulillah semuanya sudah kembali jernih, sangat gembira dan bersyukur, terima kasih Ya Allah
  • pergi beraya rumah kampung melayu sebanyak 2 rumah sahaja
  • malamnya, pergi karok seramai berbelas orang ajak sepupu belah mak sekali, karok sampai 3 jam, sangat puas hati!
  • balik karok terus masing-masing penat. TIDO!







2 SYAWAL


  • bangun pepagi rilek-rilek dahulu
  • semua melepak jek kat umah
  • cik zira dah start puasa
  • pergi beraya lepas zohor, 2 kereta sahaja sebab ramai tak balik
  • dari lepas zohor, sampai umah kul 5 lebih, dapat beraya 4 rumah sahaja sebab lagi 2 rumah tiada tuannya, siap dorang makan banyak lagi, seb bek cik zira puasa,, hee
  • buka puasa makan abah masak, nasi goreng dengan sayur brocoli dan ikan siakap - ABAH SAYA PANDAI MASAK tau,, =)
  • malamnya dalam kul 9 lebih gi makan STEAMBOAT BBQ dekat pelangi indah dengan chenta hati 2 dan adul, chenta hati 1 tak ikut sebab dia tak makan steamboat
  • balik jek terus kekenyangan dan kengantukan, siap-siap terus tido







3 SYAWAL


  • cik rashid femly balik ke balakong awal pagi
  • tetamu datang sedari pagi sehingga ke malam tanpa henti, atoklah yang penat
  • tak kemana-mana, duduk di rumah sahaja berehat sebab badan sangat letih tidak tahu kenapa, padahal tak buat ape pun,, letih semacam, ngee
  • malam kul 9 lebih ke TAMAN IMPIAN EMAS, rumah auntie ann sebab cucu birthday cucu dia yang comel itu, si adam
  • kat umah auntie ann makan lagi banyak-banyak sebab masa berbuka makan nasi goreng dengan lauk saja sedikit
  • cik zira makan bihun goreng-nasi goreng-ayam sambal-nuget-sosej-kek, sedap-sedap, buat bersahur sekali,, =)
  • balik pun sebab mengantuk, tidolah awal






4 SYAWAL


  • abah, auntie zie, ina dan chenta hati 2 pulang pukul 9 pagi cenggitu
  • salam-salam dan sangat happy sebab dah bersalaman sebagai sebuah keluarga harmoni, alhamdulillah, segala sengketa sudah terlerai, hanya mahukan yang terbaik untuk hari-hari mendatang
  • abah cium dahi setelah sekian lama mengimpikan itu, syukur alhamdulillah, seronok sangat
  • rilek di rumah sahaja, masih ada tetamu datang berkunjung
  • lepas zohor bersiap ke rumah tokyam
  • menuju ke Batu Pahat rumah mak midah
  • berkumpul di sana ramai-ramai, bergambar bersama, seronok sangat, kalau arwah mak ada, mesti seronok,, =)
  • nak beli beriyani gam tidak kesampaian sebab beriyani gam sedap mat syah tuh sudah tutup sebab dah habis
  • singgah di BP Mall beli ice blended dengan big apple
  • berbuka dalam kereta
  • sampai di rumah makan nasi sebab lapa berbuka makan donut sahaja, makan nasi banyak tuh,,hee
  • tertido selepas makan, bangun semula mandi dan buat pape yang patut bagi ngantuk balik dan tido sebelum kul 1





5 SYAWAL


  • bangun subuh
  • transfer gamba, update blog kesayangan
  • mungkin keluar beraya bersama BFF dan teman-teman SIGS dulu, tak pasti lagi





sesungguhnya, SYAWAL kali ini amat bermakna sekali dan bersyukur pada Tuhan atas nikmat dan kebahagiaan yang diberikan
juga seronok sebab tahun kedua beraya bersama blog kesayangan
cuma tak sempat lagi ni nak menepek gamba-gamba raya sebab sibuk beraya
takpe, jangan risau, pasti ada gamba cik zira dengan chenta-chenta hati yang MERAH di pagi syawal itu
memang nak tunjuk, baru tunjukkan 1 kan kan












ha, panjang 'sedikit' kan entry kali ni
harap cukuplah untuk hari ni, 5 SYAWAL sebab kalau jadi beraya kang, tak sempat nak update lagi
mungkin start besok dah betul-betul free dan boleh update 2-3 entry untuk sehari seperti kebiasaannya
insya Allah




wajah tuan empunya blog sebagai penutup entry 5 syawal ini,, ^___________^











~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 14 september 2010 8.34 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails