bila mulut diminta berbicara, maka perlulah membenarkan diri menerima tugas dan menggalas tanggung jawab sebagai pengacara majlis yang menjadi antara orang penting menjayakan majlis dari awal hinggalah ke akhirnya.
bukan mudah menjadi pengacara. bukan sekadar berkata-kata dan membacakan teks yang ada. malah, tugasnya lebih dari itu. perlu memastikan atucara mengikut tertibnya. perlu pastikan tetamu dan jemputan yang dijemput hadir atau tidak. perlu menyiapkan teks nya dan perubahan pasti akan ada bila-bila masa malah sampai saat terakhir pun pasti ada perubahan. jadi, perlu sentiasa bersedia. pengacara majlis juga perlu berhubung dengan semua yang terlibat semasa majlis berlangsung supaya jika ada apa-apa berlaku, boleh bersedia dan tetap dapat mengemudi majlis dengan baik.
alhamdulillah. pengalaman yang ada semasa di UUM dan maktab dapat dipraktiskan semasa di SKTC ni. memang seronok menjadi pengacara majlis bila dapat berbicara dan meluahkan kata. tapi, dalam masa yang sama kenalah sentiasa bersedia jika perkara yang dirancang tidak berjalan seperti yang dikehendaki. lepas tu, kalau ada salah silap, pastilah pengacara itu dicari-cari. susah kan.
tapi apa pun, cik zira gembira dengan tugas sebagai pengacara majlis. bukan sekadar membaca sahaja namun perlu ada intonasinya, lenggok suaranya dan cara membaca teks mengikut kesesuaian dan mood majlis. bukan sekadar main hentam kromo sahaja.
Insya Allah, selagi khidmat bakti diperlukan sebagai pengacara majlis, cik zira akan sentiasa bersedia memberikan khidmat yang sehabis baik tak kiralah majlis kecil atau besar. semua perlu dilakukan dengan baik,,, ^____^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 18 januari 2012 9.52 p.m.
2 comments:
betul2...jadi mc ni bukan mudah...kena org yg petah bercakap dan xsegan.
hehe,
sayalah orang itu,, ngee
Post a Comment