semalam 3 Mac merupakan hari keenam cik zira dalam program diet tekad dan nekad cik zira tu. dan rasanya semalam nasi yang cik zira makan banyak dari hari-hari sebelum ni berpuasa.
mana taknya, masa buka tudung saji ada Nasi Ayam Penyet. bik ani kesayangan yang masak. teruslah bila azan je nak makan tu, amek nasi banyak.
sedap. nasi ayam penyet ni macam biasalah, mestilah kena ada nasi putihnya, ayam goreng rempah dipenyetnya, sambal sedapnya, tempe goreng, sayur ulamnya dan supnya. barulah lengkap dan cukup syarat nama nasi ayam penyet ni.
dulu macam heran apalah agaknya nasi ayam penyet ni. dah lama-lama makan, barulah tahu. bezanya dia ada ulam dengan sambal dia tu. lain lah dari nasi-nasi yang lain.
bik ani bercuti ke siam, nampak gayanya untuk beberapa hari ni cik zira kena beli jelah makanan untuk berbuka. nak masak sendiri memang tak sempatlah kalau balik sekolah je dah azan,,, ;)
hari ni hari ketujuh diet tekad dan nekad cik zira. masih berpuasa. masih tekad! target 52 KG tu,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 3 mac 2012 8.35 p.m.
7 comments:
Kenapa nama dia diet nekad? Sharelah Zira! ^-^
kelaparan sudah tgk ayampenyet ni
hehehe.. berat target zira tu berat akak skrg tau. bdn akak nih on & off je naik turunnye. maklumla.. dh tua. :P
eh nape nak diet?zira kurus dhla yunk :)
Cik Puan Bunga :
sebabnya kak bunga, kalau kita cakap DIET sahaja kt tipu nanti, main-main. tapi, bila sebut TEKAD dan NEKAD, kita akan betul-betul nekad dan diet sungguh-sungguh,, hehe
Rizawati Abd Rahman :
takpe kak wati, badan akak maintain je cantik walaupun anak dah besar-besarlah jugak. jeles tengok badan kak wati,, ;)
SyASyA SaNi :
nampak je kurus sya, tapi berat tau bila timbang. bila dah lebih 55 kg tu memang kena turunkan balik. nak cuba kejar 52 KG,, harap-harap bolehlah dalam sebulan ni,, =)
Post a Comment