SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Monday, February 20, 2023

Turun sampai 52KG, ini TIPS nya

Hai korang, lama plak cik zira tak buat posting pasal diri sendiri kan. Asek asek makan review check in je dekat blog merah ni. 

Harini cik zira terasa nak share Journey IF (intermittent fasting) cik zira. Kalau sudi, meh baca satu satu sampai ke noktah terakhir tau. Ececeh!

Dua tahun lepas kot, cik zira sangat selesa dengan berat 61-62 kg agak lama la jugak. Dalam dua tahun duk maintain berat macam tu je. Senang hati kan makan je. Masa ni masih pakai baju sume saiz M tapi sama muat lah. Ngam ngam. Konon rasa masih slim padahal berat macam gitu memang nampak besar chubby. 

Dan sampailah November 2020 tak silap berat naik sampai 63kg kot. Terus cik zira kata tak boleh jadi ni. Kena mula! Takkan nak bagi gemok Dah gemok nanti malas nak bagi turun sebab susah dan takkan berjaya.

Jadi, cik zira cabar diri cik zira dalam sebulan november tu. Cukup sebulan sampai disember cik zira pantau berat banyak mana yang turun. 

Apa yang cik zira buat dalam sebulan tu. Masih teruskan IF, kalau tak diet IF setakat 15-16 jam. Lepastu time makan makan tak beringat. Lepastu masih masih minum manis. Jadi masa diet ni cik zira buat ni:
✅ panjang kan masa IF, banyak hari dapat 24 jam.
✅ makan sekali je sehari. Tu pun makan roti dengan telur sahaja.
✅ minum air masak banyak dan secukupnya. Jangan skip. 
✅ takde cheat day walau sehari pun sebab memang tekad diet sebulan!
✅ minum detox setiap malam sebelum tido untuk pastikan perut dicuci keesokkan harinya. 

Ni je yang cik zira buat, takde senaman. Sume pun yang kenal cikzira tahu bahawasanya cik zira paling tak kuasa nak bersenam bagai. 

Kalau aktif buat kerja rumah berjalan pergi kerja ke sana ke mari tu cik zira suka. Ni boleh consider jugak sebagai senaman kan🤣

Ok jadi sebulan November 2020 sampai Disember 2020, dari 63kg dengan ketinggian 160cm, cik zira berjaya turun sampai 56kg. 

SEBULAN turun 7kg. Ok x eh. Oklah tu kan sebab dia nak bagi turun tu amek masa, makan masa. Tapi bila badan dah dapat rentak, slowly akan turun sket demi sket. 

Tips cik zira macam dekat atas tu. Memang kalau cik zira tekad, cik zira akan buat betul betul. Pelawa lah makan macam mana sekali pun cik zira takkan tewas.

Nak diet ni kena kental tau korang. Pedulik la orang cakap apa. Kita cuba capai target. 

Macam dulu tu. Cik zira bagi KPI dekat diri sendiri untuk sebulan je dulu. Sebab bila lama sangat sedap berat 61-62 sekali cecah 63 dia jadi gelabah. 

Ingat Dah takkan jumpa Dah angka 5 dekat depan tu sampai bila bila. Rupanya jumpa balik lah. Alahai syukur alhamdulillah. 

Dan sekarang Januari 2023, cik zira pernah seringan 51.5kg tau korang. Masa nek timbang tengok nombor tu rasa macam mimpi. Dulu zaman anak dara pun paling ringan 54kg. Lepas beranakkan khalisah pun masih maintain 54-55kg. 

Pindah je penang, suami asek kasi makan. Tak cukup dengan masak dekat rumah, malam di belinya kita makan lagi kasi sumbat. 

Maka, membesar dengan jayanya la sampai sebelum pegnen khaliq pun duk berat 60kg dah. Aduhai. 

Jadi, tulah tips cik zira yang cik zira boleh kongsikan. Sekarang senang korang, banyak sangat ilmu pasal nak turunkan berat badan ni. Macam macam group pun ada.

Macam cik zira memang cik zira amalkan buat IF dari dulu Dah bertahun dah. Sebab cik zira sejenis boleh tahan lapa lama. Tapi pagi pagi sambil buat kerja sebelum gi skola tu, cik zira akan minum kopi panas untuk alas perut. 

Bestnya buat IF ni sebab masa time makan, makanlah nak makan apa pun banyak mana pun. Janji bila kita kata nak benti makan, ok Dah kena stop. Minum jela air kosong banyak banyak. 

Dah tak lama lagi kan nak ramadhan. Selalunya time puasa ni bukan turun berat, makin naik adalah sebab makanan sume nampak sedap. Berbuka makan berat, lepas terawih lapa makan lagi, sahur plak lagi. Agak agak turun ke berat tu.

Jadi, sebelum ramadhan kita kasi turun siap siap. Jadi time ramadhan kita akan beringat dan kawal makanan yang masuk. 

Cik zira pun nak buat puasa sunat rejab syaaban setiap isnin sampai jumaat 5 hari bekerja tu. Off sabtu ahad je sebab nak bawa dua ketul berjalan JJCM. Dengan of time dapat "cuti". In sha Allah. Puasa sunat pun best tak penat aktif badan pun ringan je. Boleh lupakan sekejap pasal makan. 

Nah, cik zira bagi satu gamba mana tahu boleh jadi inspirasi dekat korang yang ha bila baca ni terus tekad nak berazam mulakan semangat baru. Nak turunkan berat.
 

Ok, beza kan zaman anak dara belah kiri tu dengan Januari haritu maintain 52.5kg. Anak dara umo awal 20an dengan sekarang yang nak masuk 40 series dah tak bape tahun lagi. 

Kenapa nak kurus cik zira uiii?
✅ taknak ada sakit macam macam bila badan besar gemok ni.
✅ nak badan ringan supaya walaupun Dah 37 tahun tahun ni, cik zira masih sihat kuat aktif buat semua kerja
✅ nak bergaya cantik cantik pergi sekolah budak budak semangat dapat teacher cantik. Boleh gitu🤭

Yang paling penting, anak anak kasi support dorang pun tahu ibu diet. Dan encik suami pun tak pernah tak support. Kalau dia tahu isteri dia mula diet, dia takkan tanya Dah nak makan apa🤣

Satu lagi, selalu lah berdoa, setiap hari supaya Allah berikan kesihatan kekuatan badan supaya dapat bekerja menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Aamiin. 

Oklah, panjang sangat dah ni. Baca ke sampai habis ni. Cik zira kata awal ayat tadi suh baca sampai noktah terakhir kan. 

Penutup kata, badan kita kita yang kawal. Nak kurus, kita usaha kurus bagi kurus cantik dan sihat. 

Kalau rasa nak biarkan je, takpelah buat apa susah susah seksa diri diet sana sini. SILAKAN. 

Nanti bila dah beso sangat, berat dah makin naik dan naik, baju sume banyak dah tak muat asek kena beli baru je, ha masa tu salahkan diri sendiri tau. Padan muka!😅

Ok dahlah. Sekian. 

Wednesday, September 9, 2015

Azam Tekad, Jangan Mengalah!


fuh, kalau tengokkan tajuk macam nak buat entry apala kan.

takde apa pun. cuma nak share je cara cik zira buat supaya dapat kawal berat badan dan kawal nafsu makan melampau tu. entry sebelum ni cik zira ada cerita kan berat cik zira naik melampau 7-8KG lepas duduk pindah penang dengan suamiku. dari 54-55kg naik sampai ke 62-63kg sebelum puasa haritu.

habis mana tidaknya. bangun lepas subuh lapo, sarapan. kang kul 10 dah siap masak lunch makan sebelum gi sekolah. kat sekolah bawa bekal makan lagi nasi. balik sekolah lapa makan lagi nasi atau makanan berat lain. malam kang kalau lapa sebelum tido makan lagi suamiku tapau pape ke. kadang sampai 4-5 kali makan sehari. kalau cuti lagila berjalan keluar makan je kejenya.

bila timbang berat dah nak dekat 63kg pun memanglah risau tapi kesedaran tu takde. melantak jugak macam biasa. lapo je terus cari makan, makan. makan pun bukan jenis makan sket beno. makan penuh pinggan. portion untuk dua orang makan pun cik zira boleh habiskan dengan jayanya. sape kenal cik zira tahulah macam mana banyaknya cik zira makan. pendek kata, cik zira ni kalau bawa makan bufet memang berbaloi baloi. tak membazir. hehe

tapi, sebab telah ditegur oleh adik adik ku yang laki laki itu, terus menusuk kalbu bila dorang cakap hakak ni dah gemok!! wah!! terus tekad!

cik zira ni dulu pun pernah gemok belon time belajar, orang len sume cakap gemok cik zira tak kisah pun. tapi bila dua dua adik laki tu tegur memang gemok terus tekad. siap masuk slimming centre bayar nak dekat 4 ribu kot. tapi bazir pergi 2-3 session je lepastu tanak sebab perit. asek rasa nak pengsan je. bazir je duit macam tu. bayangkan time belajar tekad tu gi habiskan duit bayar slimming centre.

dek kerana slimming centre burn duit macam tu dah tanak pergi, cik zira diet sendiri. memang makan sangat dijaga dan dibantu dengan pil herba dunia herbs. ni sume cik zira pernah share dulu. gamba gedembom sampai dah slim pun pernah share. tapi tanak lah share sini. tu zaman dulu.

tapi, kalini cik zira tak diet ekstrim sangat bab makan macam zaman anak dara dulu nasi langsung tak makan selama setahun. kalini apa yang cik zira buat ialah :

1. MAKAN NASI SEKALI SEHARI. nasi pun takdelah sikit sangat. cuma takdelah sebanyak sepenuh pinggan macam selalu makan. dan takdelah sampai 3-4 kali makan nasi sehari. lauk pun makan je macam biasa cuma kurangkan kuantiti. ayam pe sume tu makan je jugak.

2. MINUM AIR MASAK SAHAJA. segala air sejuk ais sume tolak tepi. padahal cik zira ni tak suka air masak. sehari nak dapat segelas pun payah. selalu minum air manis, air sejuk, air ais.

3. MAKAN ROTI KALAU LAPA.  cik zira akan makan gardenia hijau whole grain tu. bakar roti makan dengan nutella dan daisy butter. bagilah ada rasa jugak roti tu. ni terutama kalau lapa sangat masa malam. sebab dah biasa makan malam kan. kalau boleh tahan tahan je lapa. kalau tak tahan sangat makan roti bakar ni.

4. BERSENAM. kalau ada masa cik zira akan bawa khalisah ke taman. suamiku siap belikan beskal lipat tinggal je dalam kereta kat seat belakang. ada masa gi taman kayuh beskal. kadang joging 30 minit depan tv bagi keluar peluh. kadang tak buat pun takde masa dengan MALAS. hehe

5. ELAK MAKAN MALAM. macam point nombor 3 tadi. kalau dah lapa sangat makan roti bakar. tapi cuba makan last sebelum kul 7 macam tu.

6. CLENXTEA. cik zira beli dekat guardian. time tu ada promosi dalam bekas bulat. 60 uncang rm53 tak silap. murah lah dari beli yang kecik kecik tu. pahit. minum tanpa gula. memang lambat sket lah nak habiskan secawan clenxtea ni sebab takde rasa kan. rasa pahit je. ni untuk detox. pagi je buang bagi lawas.

7. AZAM TEKAD, JANGAN MENGALAH. macam tajuk entry ni. kena kuat! cik zira ni manusia Allah jadikan suka dengan makanan. sangat suka makan. makan banyak. tapi kena sedar diri, bukan jenis makan kurus slim je. makan banyak mestilah gemok kan. jadi, kuatkan semangat. kena berazam. kena tekad. jangan putus asa, jangan mengalah. walau apa orang kata. eh diet ke. ala apa diet diet ni sume. pekakkan je telinga. badan sendiri, kita sendiri yang kena jaga.

ni antara apa yang cik zira boleh kongsikan. cik zira nak naik badan memang senang sangat. tapi nak turun tu Ya Allah, seksanya. lagilah sekarang bukan diet ekstrim masa zaman anak dara dulu. dulu pun diet bebetul, dalam masa setahun baru nampak perubahan ketara sampai orang tak kenal dari belakang. tu pun turun tak banyak dalam 12 kg macam tu je. tapi memang nampak dari saiz L boleh ke saiz S.

sekarang pun dari 63kg baru turun ke 58.1kg. duk maintainlah macam ni je berat bila naik penimbang. tak tahulah penimbang salah ke apa. berat memang tak turun duk macam tu jugak. tapi cik zira dapat rasa badan macam ringan sketlah.

masa gemok haritu cik zira ada beli dress dari leeyanarahman.co. masa tu pakai susah sendat ketat. sedih sangat. lepas dah start diet dua minggu try pakai dah boleh masuk senang dan tak ketat. kira dress tu KPI cik zira lah untuk teruskan diet jaga makan semua. kalau pakai ketat maknanya naik balik berat tu.

bestkan kalau jadi orang yang makan lah banyak mana pun tapi maintain je badan slim tak gemok. kalaulah cik zira macam tu, bahagia sangat rasa. tapi malangnya cik zira tidak begitu. makan banyak banyak mesti gemok punya. jadi kena beringatlah sebelum membelon balik macam dulu dulu.

panjang plak entry hari rabu ni kan. terima kasih yang sudi membaca. kotlah kalau berat turun jadi 57kg ke kan. tapi macam susah je sebab dah seminggu duk 58.1kg je kat timbang tu. hehe

Wednesday, March 28, 2012

sebulan.. Diet Tekad dan Nekad.





target cik zira selama sebulan nak turunkan berat badan dari 55.6 KG ke 52 KG tidak kesampaian. yelah, salah sendiri jugak. susah sangat nak halang diri ni daripada makan makanan sedap-sedap. payah sangat nak elakkan diri dari tengok makanan sedap. HASILnya, tidak mencapailah target 52 KG tu. lagipun sebelum ni pun susah memang nak capai 52 KG tu.






masa seminggu berada di Penang, makan best-best tak ingat apa, dari 53 KG lebih naik ke 55 KG balik. tapi, alhamdulillah, di hari terakhir cabaran Diet Tekad dan Nekad semalam, 27 Mac, cik zira mendapat berat 53.5 KG. kira dalam sebulan yang takdelah berdiet mana sebab seminggu tak diet walaupun nama cabaran diet nya macam wow je kan, cik zira dapatlah turunkan berat 2.1 KG.






takpe, walaupun cabaran GAGAL, namun cik zira masih dalam usaha juga untuk mendapatkan 52 KG tu. masih menjaga makan tapi takdelah extreme sangat. Insya Allah, mana tahu satu hari tercapai impian nak dapatkan berat idaman 52 KG tu kan. Amin.










~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 Mac 2012 9.28 p.m.

Wednesday, March 21, 2012

6 hari lagi cabaran Diet Tekad dan Nekad.




sebulan cik zira berikan dan cabar diri untuk turunkan berat badan ke 52 KG. tapi, sayang betul. hari tu sebelum cuti dah dapat turunkan 53.5 KG dah. bila cuti seminggu balik Penang jumpa suamiku, makan sedap-sedap selama 7 hari, lepas tu terus naik berat balik ke angka 55KG lebih. aduhai-aduhai.






hari terakhir cabaran birthday cik zira 27 Mac ni. tapi, rasanya macam tak tercapai je target 52 KG tu. sekarang tetap 54.5 - 55 KG macam tu.






macam mana ni? kenapalah dah tak tekad ni macam diet selama setahun dulu-dulu sampai dapat turun berbelas KG? nape dah tak boleh jadi macam tu sekarang hazirah? ramai dah tegur badan dah naik tau. perut pun dah tak cantik macam sebelum kahwin, aduhai.






6 hari lagi. kalau dapat turunkan berat, macam satu keajaiban lah. namun, apa pun, berserah je hazirah ye. kamu tu yang degil tak nak jauhkan diri dari makanan. terima jelah padahnya, badan lemak sana sini,,, =(






p/s ini cerita betul tau. tak tipu.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 20 mac 2012 9.34 p.m.

Friday, March 16, 2012

siapa yang tak mahu makan makanan sedap kan? orang berDIET pun kalah.





dari hari ahad cik zira berada di Penang, memang niat tak sambung puasa dekat sini dan niat nak makan sedap-sedap padahal masih dalam proses Diet Tekad dan Nekad ni. nak lupakan sekejap diet untuk masa seminggu dekat Penang.






hari-hari sejak ahad makan best sangat! dan kat bawah ni pun antara makanan yang cik zira makan jugak hari rabu dan khamis.


 curry maggie di Kopitan Sg. Dua

 claypot yee mee di Kopitan Sg Dua

 Bihun Sup di Recsam Kafe Mami

 Burger Special disalut telur dagingnya penuh sos dan mayonis. 
ni makan pukul 11 tengah malam

fuh, ini kek sedap, yang adik ipar cik zira buat. 
memang sedap!




makan dan makanan adalah nikmat Allah yang indah. jadi, walaupun cik zira berDiet, tetap tak dapat tolak bila makanan sedap di depan mata. rugi wo tak makan!






p/s hari ni tak sempat update pagi pukul 9. kena jaga si naqib cerdik tu. malam tadi dia tak tido, nangis. kenalah jaga dia. ni dia dah tido balik mandi susu dia, baru boleh update blog,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 16 mac 2012 10.56 a.m.

Friday, March 9, 2012

susahnya nak dapat 52KG





seingat cik zira lah, sekali je kot cik zira pernah mencapai berat badan idaman 52KG tu. sekali itu jelah.






sekarang dalam program Diet Tekad dan Nekad ni, hari ni hari ke 12. berat masih 53 ++ KG. sangat susah nak turunkan ke 52 tu. geram betul. rasa nak putus asa pun ada. tapi, perjalanan masih panjang nak ke 27 Mac tu.





harap-harap dapat lah terus tekad dan nekad meneruskan program diet cik zira ni. semoga tercapailah hasrat nak dapatkan 52KG tu. dapat sekali lagi pun cukuplah.






teruskan hazirah, jangan berputus asa. 
cuba bertahan!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 8 mac 2012 9.30 p.m.

Tuesday, March 6, 2012

rasa coklat yang enak dan lazat.





dalam duk BerDIET Tekad dan Nekad ni, masih jua cik zira dapat merasa makan ais krim yang sungguh enak tak terkata. tengok iklan dalam tv tu macam nak terus dapat makan. macam sedap sangat-sangat. tapi, ternyata memang sedap.






rasa coklat dia yang enak dan sungguh lazat. masa makan tu macam makan coklat je rasa.


gambar tak cantik, flash kuat sangat. 
tapi ais krim tu memang sedap!




cik zira dapat makan ais krim Magnum yang baru tu perisa chocolate truffle yang berharga RM 3.90. masa isi minyak dekat esso tu beli dan makan dalam kereta. sungguh sedap!








baru dapat rasa 1. ada 2 perisa lagi tak silap. pun macam sedap. nak rasa jugak yang lain-lain tu. tunggu ye ais krim,,, ^___*







~sekian~






k,adios!!!,,,  by : ierarahman isnin 5 mac 2012 9.28 p.m.

kenapa namanya Diet Tekad dan Nekad?






memetik soalan yang diajukan oleh cik puan bunga, kenapa cik zira namakan DIET  cik zira ni dengan nama Tekad dan Nekad?





lepas dah berjaya mengurangkan berat badan dari 67 KG ke 50 ++ KG, cik zira dah susah sangat nak berdiet semula macam dulu. setahun bertahan dari makanan sedap-sedap semata-mata nak dapatkan badan yang cantik.






sampailah ke satu tahap, bila timbang je berat dah lebih 55 KG. suamiku walaupun kata isteri MERAH dia ni tak nampak gemuk, tapi dia tahu cik zira selalu risau berat cik zira naik gemuk macam dolu-dolu. jadi, dia bagi semangat, kalau berat dah lebih 55 KG, berdietlah semula. kalau tak, cik zira juga yang asyik bising berat dah naik tak habis-habis sampai dia pun naik jelak,,, hehe






jadi, bila cik zira katakan DIET sahaja, itu langsung tak memotivasikan diri cik zira. langsung tidak!






lalu, cik zira namakan DIET cik zira ni dengan nama Diet Tekad dan Nekad. supaya cik zira betul-betul tekad dan juga bernekad untuk berdiet bersungguh-sungguh dan dapatkan berat badan idaman iaitu 52 KG yang jarang sekali cik zira cecah angka itu.






bila dah namakan tekad dan nekad, betul cik zira nekad sungguh nak diet semula. dah mula berpuasa tapi waktu berbuka memang makan nasi dalam kuantiti tidak terlalu sikit dan tidak juga terlalu banyak. untuk memberi tenaga berpuasa esok harinya. kalau dulu jumaat sabtu ahad cuti puasa, nak makan sedap. tapi disebabkan dah tertulis Tekad dan Nekad, dah siap masuk diari, setiap hari cik zira puasa. cuti pun puasa jugak. betul-betul tekad dan nekad kan kan?






ye, orang cakap badan cik zira kurus. memang iye. tapi, cik zira berat tau. itu yang nak turunkan sampai 52 KG kalau boleh. dah dapat berat tu, kalau dapatlah kan, boleh makan sedap-sedap balik. Insya Allah.






tapi kan, tapi kan kan, cuti balik Penang, suamiku kata tak payah puasa. sebagai isteri, hamba harus patuh. kang kesian dekat suamiku nanti,,, ^__*






tapi tetap akan usaha sehari tu sekali je makan makanan berat. perlu tekad jugak!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 5 mac 2012 9.38 p.m.

Sunday, March 4, 2012

Nasi Ayam Penyet.




semalam 3 Mac merupakan hari keenam cik zira dalam program diet tekad dan nekad cik zira tu. dan rasanya semalam nasi yang cik zira makan banyak dari hari-hari sebelum ni berpuasa.






mana taknya, masa buka tudung saji ada Nasi Ayam Penyet. bik ani kesayangan yang masak. teruslah bila azan je nak makan tu, amek nasi banyak.






sedap. nasi ayam penyet ni macam biasalah, mestilah kena ada nasi putihnya, ayam goreng rempah dipenyetnya, sambal sedapnya, tempe goreng, sayur ulamnya dan supnya. barulah lengkap dan cukup syarat nama nasi ayam penyet ni.






dulu macam heran apalah agaknya nasi ayam penyet ni. dah lama-lama makan, barulah tahu. bezanya dia ada ulam dengan sambal dia tu. lain lah dari nasi-nasi yang lain.






bik ani bercuti ke siam, nampak gayanya untuk beberapa hari ni cik zira kena beli jelah makanan untuk berbuka. nak masak sendiri memang tak sempatlah kalau balik sekolah je dah azan,,, ;)






hari ni hari ketujuh diet tekad dan nekad cik zira. masih berpuasa. masih tekad! target 52 KG tu,,, ^___*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 3 mac 2012 8.35 p.m.

Friday, March 2, 2012

Program Tekad dan Nekad : Hari Keempat





Assalamualaikum
ini quick update. cerita sikit pasal Program Diet Tekad dan Nekad cik zira. hari ni dah masuk hari kelima. ini timbangan berat cik zira setakat 4 hari berlalu :



  • 27/2 - 55.2 KG
  • 28/2 - 54.9 KG
  • 29/2 - 54.6 KG
  • 1/3 - 53.8 KG




mula dari 28/2 hari selasa tu cik zira dah berpuasa. lama sangat dah tak puasa, kerja makan je. cik zira jenis tak bangun sahur. jadi, masa berbuka je makan nasi dengan lauk pauk dan minum air. malam lepas tu pun dah tak makan sebab dah cukup nasi masa berbuka tu.





dah lima hari, ada 25 hari lagi untuk capaikan target 52 KG tu. chaiyok cik zira!!






~sekian~



 k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 1 mac 2012 9.15 p.m.

Wednesday, February 29, 2012

tekad dan nekad.





kalau tak tekad dan nekad nak turunkan berat badan, rasanya JCo Donut yang ada enam dalam kotak tu semua cik zira boleh bedal sorang-sorang tau.


sedapnya lah kan kalau tengok!




tapi, sebab dan mula tekad dan nekad, cik zira makan seketul jek. ye, seketul jek. 






dah mulakan program tekad dan nekad nak turunkan berat badan. dari 55 kg lebih nak turunkan sampai 52 kg dalam sebulan. agak-agak berjaya tak ea?






takpe, usaha cik zira, usaha tu penting untuk dapat hasilnya.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 februari 2012 9.14 a.m.

Program Tekad dan Nekad : Hari Ketiga




cik zira dah nekad dan tekad nak berDIET semula untuk tempoh sebulan ni. dah mula dari hari isnin, 27 februari dan hari ni dah masuk hari ketiga. cukup 30 hari sampai 27 Mac, hari jadi cik zira yang ke 26 tahun nanti.






untuk hari Isnin, cik zira kurangkan makan nasi. kalau selalu makan nasi 3 kali sehari dan dalam jumlah yang banyak, tapi untuk hari isnin tu cik zira makan sekali je sebelum gi sekolah dan sikit jek. semalam dah mula berpuasa. 






ini kiraan berat cik zira untuk hari pertama dan hari kedua cik zira mulakan Program Tekad dan Nekad :



  • 27 Februari - 55.2 KG
  • 28 Februari - 54.9 KG





untuk hari ni belum timbang lagi, nak timbang pukul 9 lebih nanti, waktu yang sama nak kena timbang setiap hari selama sebulan ni. dari 55.2 KG cik zira nak turunkan sampai 52 KG. tekad nak cuba ni sebab memang tak pernah rasanya dapat 52 KG tu. tu nak kena cuba tu.






harap Program Tekad dan Nekad cik zira ni berjayalah dan cik zira dapat berat yang best. tak nak berat sangat, nanti dah tak cantik, nak makan banyak pun takut. nak sampaikan 52 KG tu lepas tu boleh makan sedap-sedap balik cuma kena kawal je.






cik zira akan sentiasa update pasal program Diet cik zira ni ye dari semasa ke semasa. oh, tapi kalau cik zira puasa, cik zira akan pastikan makan nasi masa berbuka puasa tu. tak boleh tak makan nasi langsung, nanti takde tenaga pulak kan.






okeh. kepada yang berdiet jugak, sama-sama kita usaha k.






~sekian~



 k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 februari 2012 9.30 p.m.

Tuesday, February 28, 2012

kali ni perlu betul-betul tekad!





sangat terkejut bila dah lama tak timbang dan kali terakhir timbang berat masih boleh dipercayai. 53.8 kg. tapi, sekarang berat dah 55 kg lebih nak dekat 56 kg.






memang terkejut dan memang perasan badan dah tak selangsing dulu. dah berat badan ni.






jadi, sebelum berat makin naik disebabkan makan banyak yang tak kira apa, main bedal jek, kali ini HARUS betul-betul tekad untuk menjaga badan semula.






tolonglah cik zira. kamu tak takut ke badan kamu gemok macam dulu balik? macam gamba kat bawah ni?






lagi sebulan lebih kurang nak 26 tahun. jadikan target, bila birthday nanti, dapat balik berat yang cantik. boleh kan cik zira sayang??






usaha tangga kejayaan cik zira. jangan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. jaga makan dari sekarang!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 februari 2012 9.00 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails