SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 20, 2023

Turun sampai 52KG, ini TIPS nya

Hai korang, lama plak cik zira tak buat posting pasal diri sendiri kan. Asek asek makan review check in je dekat blog merah ni. 

Harini cik zira terasa nak share Journey IF (intermittent fasting) cik zira. Kalau sudi, meh baca satu satu sampai ke noktah terakhir tau. Ececeh!

Dua tahun lepas kot, cik zira sangat selesa dengan berat 61-62 kg agak lama la jugak. Dalam dua tahun duk maintain berat macam tu je. Senang hati kan makan je. Masa ni masih pakai baju sume saiz M tapi sama muat lah. Ngam ngam. Konon rasa masih slim padahal berat macam gitu memang nampak besar chubby. 

Dan sampailah November 2020 tak silap berat naik sampai 63kg kot. Terus cik zira kata tak boleh jadi ni. Kena mula! Takkan nak bagi gemok Dah gemok nanti malas nak bagi turun sebab susah dan takkan berjaya.

Jadi, cik zira cabar diri cik zira dalam sebulan november tu. Cukup sebulan sampai disember cik zira pantau berat banyak mana yang turun. 

Apa yang cik zira buat dalam sebulan tu. Masih teruskan IF, kalau tak diet IF setakat 15-16 jam. Lepastu time makan makan tak beringat. Lepastu masih masih minum manis. Jadi masa diet ni cik zira buat ni:
✅ panjang kan masa IF, banyak hari dapat 24 jam.
✅ makan sekali je sehari. Tu pun makan roti dengan telur sahaja.
✅ minum air masak banyak dan secukupnya. Jangan skip. 
✅ takde cheat day walau sehari pun sebab memang tekad diet sebulan!
✅ minum detox setiap malam sebelum tido untuk pastikan perut dicuci keesokkan harinya. 

Ni je yang cik zira buat, takde senaman. Sume pun yang kenal cikzira tahu bahawasanya cik zira paling tak kuasa nak bersenam bagai. 

Kalau aktif buat kerja rumah berjalan pergi kerja ke sana ke mari tu cik zira suka. Ni boleh consider jugak sebagai senaman kan🤣

Ok jadi sebulan November 2020 sampai Disember 2020, dari 63kg dengan ketinggian 160cm, cik zira berjaya turun sampai 56kg. 

SEBULAN turun 7kg. Ok x eh. Oklah tu kan sebab dia nak bagi turun tu amek masa, makan masa. Tapi bila badan dah dapat rentak, slowly akan turun sket demi sket. 

Tips cik zira macam dekat atas tu. Memang kalau cik zira tekad, cik zira akan buat betul betul. Pelawa lah makan macam mana sekali pun cik zira takkan tewas.

Nak diet ni kena kental tau korang. Pedulik la orang cakap apa. Kita cuba capai target. 

Macam dulu tu. Cik zira bagi KPI dekat diri sendiri untuk sebulan je dulu. Sebab bila lama sangat sedap berat 61-62 sekali cecah 63 dia jadi gelabah. 

Ingat Dah takkan jumpa Dah angka 5 dekat depan tu sampai bila bila. Rupanya jumpa balik lah. Alahai syukur alhamdulillah. 

Dan sekarang Januari 2023, cik zira pernah seringan 51.5kg tau korang. Masa nek timbang tengok nombor tu rasa macam mimpi. Dulu zaman anak dara pun paling ringan 54kg. Lepas beranakkan khalisah pun masih maintain 54-55kg. 

Pindah je penang, suami asek kasi makan. Tak cukup dengan masak dekat rumah, malam di belinya kita makan lagi kasi sumbat. 

Maka, membesar dengan jayanya la sampai sebelum pegnen khaliq pun duk berat 60kg dah. Aduhai. 

Jadi, tulah tips cik zira yang cik zira boleh kongsikan. Sekarang senang korang, banyak sangat ilmu pasal nak turunkan berat badan ni. Macam macam group pun ada.

Macam cik zira memang cik zira amalkan buat IF dari dulu Dah bertahun dah. Sebab cik zira sejenis boleh tahan lapa lama. Tapi pagi pagi sambil buat kerja sebelum gi skola tu, cik zira akan minum kopi panas untuk alas perut. 

Bestnya buat IF ni sebab masa time makan, makanlah nak makan apa pun banyak mana pun. Janji bila kita kata nak benti makan, ok Dah kena stop. Minum jela air kosong banyak banyak. 

Dah tak lama lagi kan nak ramadhan. Selalunya time puasa ni bukan turun berat, makin naik adalah sebab makanan sume nampak sedap. Berbuka makan berat, lepas terawih lapa makan lagi, sahur plak lagi. Agak agak turun ke berat tu.

Jadi, sebelum ramadhan kita kasi turun siap siap. Jadi time ramadhan kita akan beringat dan kawal makanan yang masuk. 

Cik zira pun nak buat puasa sunat rejab syaaban setiap isnin sampai jumaat 5 hari bekerja tu. Off sabtu ahad je sebab nak bawa dua ketul berjalan JJCM. Dengan of time dapat "cuti". In sha Allah. Puasa sunat pun best tak penat aktif badan pun ringan je. Boleh lupakan sekejap pasal makan. 

Nah, cik zira bagi satu gamba mana tahu boleh jadi inspirasi dekat korang yang ha bila baca ni terus tekad nak berazam mulakan semangat baru. Nak turunkan berat.
 

Ok, beza kan zaman anak dara belah kiri tu dengan Januari haritu maintain 52.5kg. Anak dara umo awal 20an dengan sekarang yang nak masuk 40 series dah tak bape tahun lagi. 

Kenapa nak kurus cik zira uiii?
✅ taknak ada sakit macam macam bila badan besar gemok ni.
✅ nak badan ringan supaya walaupun Dah 37 tahun tahun ni, cik zira masih sihat kuat aktif buat semua kerja
✅ nak bergaya cantik cantik pergi sekolah budak budak semangat dapat teacher cantik. Boleh gitu🤭

Yang paling penting, anak anak kasi support dorang pun tahu ibu diet. Dan encik suami pun tak pernah tak support. Kalau dia tahu isteri dia mula diet, dia takkan tanya Dah nak makan apa🤣

Satu lagi, selalu lah berdoa, setiap hari supaya Allah berikan kesihatan kekuatan badan supaya dapat bekerja menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Aamiin. 

Oklah, panjang sangat dah ni. Baca ke sampai habis ni. Cik zira kata awal ayat tadi suh baca sampai noktah terakhir kan. 

Penutup kata, badan kita kita yang kawal. Nak kurus, kita usaha kurus bagi kurus cantik dan sihat. 

Kalau rasa nak biarkan je, takpelah buat apa susah susah seksa diri diet sana sini. SILAKAN. 

Nanti bila dah beso sangat, berat dah makin naik dan naik, baju sume banyak dah tak muat asek kena beli baru je, ha masa tu salahkan diri sendiri tau. Padan muka!😅

Ok dahlah. Sekian. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails