SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 13, 2023

Ayam Penyet Mummy Batu Kawan


Alkisah, haritu pergi berjalan bawa abdul khaliq main dekat playground baru buka dekat Design Village. Lepas keluar dari design village tu nak gi lunch la. Tapi Dah late lunch jugak sebab dah pukul 3 lebih time tu. 

Lajak sket dekat shoplot bertentangan Ikea. Situ ada macam macam tau masa cik zira round tu. Ada streeto pizza, subway, family mart, Nasmir Bistro, Taco Bell, secret recipe. Macam macam lah ada. 

Kalau kata gi Ikea ke design village ke lepas tu tak tahu nak makan dekat mana lajak je dekat sini.

Aduh panjang plak intro sampai 3 perenggan. Ok back to tajuk, Ayam Penyet Mummy. Kedai ni baru je beroperasi Disember 2022. Baru sangat lagi buka. Betul betul sebelah Taco Bell tu. Dia belah belakang. Bukan belah depan sederet Secret Recipe tu tapi belah belakang tau.

Kedai simple tapi sweet. Tandas disediakan. Sebab masuk masuk je si khalisah mencari tandas.

Ni apa yang kitorang order:
🍹 fresh orange RM8.90 ⭐️⭐️⭐️⭐️ (sedap manis cukup, portion pun ok dengan harga)
🍜 bakso biasa RM11.40 ⭐️⭐️⭐️⭐️ (kuah sup sedap, bebola daging bakso pun beso beso ada 4 ketul. Hirisan daging pun ada cuma daging liat susah nak kunyah. Dia ada bagi sambal Cuma macam tak kena sambal tu gabung dengan bakso. Portion ok sesuai untuk sorang makan)
🍝 Aglio Olio Chicken RM14.80 ⭐️⭐️⭐️ (simple aglio olio. Hirisan chicken ham pun sket. Rasa pun ok ok tak berapa kick sebab tak pedas. Portion sket, khalisah makan kejap je licin. Tapi sesuai lah dengan harga)
🍜 Indomie Ijo RM15.80 ⭐️⭐️⭐️ (order untuk khaliq sebab dia nak makan megi. Indomie nya keras tak cukup rebus. Lepastu ada keropok ada tauhu dan tempe goreng dengan kobis 2 hiris. Ada ayam beso Penyet dengan sambal ijo. Sambal dia ok pedas. Cuma tulah indomie keras)





Dekat sini, menu dia fokus makanan indonesia macam ayam Penyet, pelbagai sambal. Ada jugak selit western sket. 

Jadi siapa yang nak makan santai santai nak nasi ada nak mee mee ada, nak western ada bolehlah try makan dekat sini kalau lajak ke Batu Kawan tu ok. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails