masa nak pergi sekolah, lauk dah penuh atas meja. jadi, bawalah bekal yang banyak sikit dari biasa. ada tomyam ikan + asam pedas + terung masak berlada + ikan goreng + tempe goreng. bawa jek, letak atas meja kat bilik guru, akak-akak tu makan ramai-ramai. cik zira makan roti kari je 2 biji. kerja banyak sangat, sampaikan tak sempat nak makan nasi. sempat makan roti je.
balik rumah, tengok bawah tudung saji, wah, macam ada kenduri. penuh dengan pelbagai makanan. macam-macam ada.
cik zira makan mee rebus dengan pisang goreng cicah sambal kicap.
syukur alhamdulillah. duduk rumah atok ni, bik ani hari-hari masakkan yang sedap-sedap untuk cik zira. nanti kalau dah pindah penang duduk dengan suamiku, mesti rindu masakan bik ani,,, =(
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 april 2012 9.46 p.m.
2 comments:
sedapp2nyerrr.... sgt indah kan....
ye, makan dan makanan adalah indah!
Post a Comment