cik zira sebenarnya kalau bab minyak wangi ni, memang setia pada yang satu. sejak sekolah menengah memang pakai Versace Red Jeans. satu sebab baunya memang wangi. dua sebab warna Merah. rasanya dah berapa botol dah. kalau nak beli perfume memang akan beli yang sama je. kalau beli sendirilah. kalau orang bagi, tak kisah pun. hehe
tapi, baru-baru ni, saja nak tukar selera. buat pertama kali beli minyak wangi selain versace red jeans tu. beli set paris hilton. yang red jeans yang hantaran ada lagi, beli paris hilton untuk jimatkan yang red jeans tu.
beli yang set murah sket berbanding nak beli sebotol. tu yang bila nampak terus beli. beli pun biasalah, online je. apa lagi kan. paris hilton yang ni bau dia sweet. beza sangat dengan red jeans. tapi saja nak tukar bau sesekali.
jadi, ini kira macam minyak wangi kedua lah. tapi kegemaran sampai bila-bila tetap Versace Red Jeans. suka bau dia.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 oktober 2012 8.59 a.m.
No comments:
Post a Comment