SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Thursday, November 5, 2015
bahagianya tengok
khalisah dan babah. masa duduk jauh dulu memang tak ngam langsung. memang tak geng langsung. bila babah balik JB atau ibu ngan khalisah balik penang, khalisah ni tak mahu langsung dengan babah.
sampaikan bila dah dapat rezeki pindah penang, makan masa. rasanya bulan Mac baru khalisah boleh ngam dengan babah. baru boleh kawan main sama-sama. nak ikut babah bila babah ajak. kalau tidak, jangan haraplah. babah duduk sebelah ibu pun tak kasi.
walaupun babah tak banyak masa dengan khalisah dalam 1 hari tu, bila dapat masa jumpa tu khalisah akan manja dengan babah. tapi, bila kena marah ke apa memang khalisah takut. sebab babah ni suka jerit kuat-kuat. jenis kasaq la bak kata orang penang ni.
tapi, bapak dengan anak kan. adalah tu cara nak ajar anak ikut cara memasing.
dan bila cik zira tengok je dua beranak ni, kadang rasa perasaan bahagia tu. terima kasih Allah. hanya Kau sebaik-baik pengatur dan perencana. syukur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment