SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, February 15, 2019

pilihan pertama : Lexis Suite Penang

cik zira pertama kali mengenali hotel di bawah lexis ni masa sebelum kahwin. sebab duk mencari hotel untuk honeymoon la kengkononnya lepas kahwin. nak cari yang best. maka, bertemulah kali pertama menjejakkan kaki di Grand Lexis Port Dickson. masa tu check in bilik garden.

terus jatuh cinta.

sejak tu, nak bercuti kat PD memang akan check in Grand Lexis. harga memang mahal, tapi sangat berbaloi dengan keluasan bilik, katil king 2 bijik dan private pool dalam bilik yang beso.

siap recommend dekat akak kawan dekat skola, kitorang pergi sama sama bercuti dengan anak anak.

dan bila dapat tahu je, lexis nak buat hotel dekat penang, masha Allah, teruja sangat kot. dah tak payah nak ke PD kalau nak check in lexis dah sebab dekat penang pun dah ada.

walaupun hanya dalam bangunan dan ada dua jenis bilik je : executive dan premium, tapi masih bersyukur sebab memang best. korang google la sendiri.

baru ni, cik zira claim evoucher, dan tak tahu kali ke berapa dah check in Lexis Suite Penang ni. ada nak dekat 10 kali dah kot sejak buka. sebab kadang rasa nak check in hotel bawa khalisah khaliq je, mesti pilihan pertama ialah Lexis Suite Penang.

dua dua jenis bilik dah pernah duduk.

khaliq kalini awal dia takut, asek tertelan air je. bila dah dapat rentak dia la manusia yang paling tanak keluar dari pool tu. hehe











siap melompat terjun dalam kolam banyak kali. tenggelam dalam air pun dia steady je. memang berani sangat anak cik zira yang bujang sorang ni.

bulan Mac nanti akan buka evoucher untuk lexis hotel group. cik zira wajib akan beli untuk redeem bebila rasa nak check in sebab memang murah.

korang yang belum tu, tryla check in lexis suite penang k. anak anak confirm happy.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails