SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 26, 2019

Mac 2019 yang indah indah

Assalamualaikum semua. terima kasih sebab sudi singgah di blog merah cik zira ni. terima kasih jugak sebab sudi membaca coretan cik zira dekat sini.

setiap tahun, bulan Mac adalah yang paling istimewa. sebab bulan birthday cik zira sendiri. dan ada 3 orang lagi ahli keluarga cik zira bulan Mac jugak.

18.3 - happy birthday abah
19.3 - happy birthday arwah mak
26.3 - happy birthday jeri (adik nombor 2)
27.3 - happy birthday cik zira♥️

setiap tahun bila birthday cik zira dan suamiku akan habiskan duit lebih sket untuk belikan hadiah. sebab kitorang tak sambut anniversary pun biasa sebagai ingatan takde hadiah takde makan makan. tapi time birthday memang akan sambut gi makan dan dapat hadiah best. ala setahun sekali kan.

setiap tahun suamiku akan bagi hadiah. dia akan tanya nak apa. tahun lepas nak handphone sebab handphone dah rosak asek hang je. minta yang biasa biasa je. sekali dia hadiahkan IphoneX 😅 beli yang memory paling beso plak tu 256gb dia kata senang dah pasni nak guna untuk meniaga bajuarab takde sangkut hang lagi dah. kalau nak suh beli sendiri memang tak akan belila. mahal kot. cik zira akan jag fon suami belikan ni sebaiknya guna sampai bila bila.

pastu birthday suamiku november dia minta jam limited edition. maka belikanlah sebab dah dapat fon mahal kan kena la kenang budi kata orang🤣

tahun ni nak minta hadiah apa ye😍 ada dah ni dalam kepala tapi tunggu suamiku tanya nak hadiah apa baru bagi tahu. mana tahu rezeki dapat mesti best😀

selain birthday family sendiri, mac jugak birthday di family sebelah suami. ramai.



24 Mac baru ni, adik bongsu cik zira konvo. abah n mama zie temankan ina. tahniah Ina. semoga cepat cepat dapat posting dan menjadi seorang doktor yang mencurah bakti. aamiin

MAC 2019 yang indah indah. alhamdulillah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails