SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 31, 2019

Me’nate Johor Bahru

alkisah. malam semalam selasa 26 Mac, cik zira mencari tempat nak makan dengan bff dan askar askar kitorang bersempena birhday cik zira harini, 27 Mac 2019.

sekali jumpa Me’nate yang baru je beroperasi bulan Februari 2019. lokasi di jalan tasek bangunan shoplot maybank lama.

kitorang sampai awal sebabnya lepas makan terus nak gerak ke paradigm mall nak tengok wayang dengan jalan jalan shopping.





kata buka kul 11am tapi sampai belum lagi. tunggulah dalam kereta sampai nak dekat 11.30 am. masa cik zira duduk tu ada customer lelaki semeja bertiga dah siap oder. kitorang meja kedua.





kalau nak oder makanan dalam menu macam pasta ke burger ke oder terus tengok menu. tapi untuk yang berdaging kena pergi pilih sendiri. macam nacam jenis daging lembu dan kambing ada. senang sebab setiap daging dah ditanda dengan harga siap siap. pilih dan bagi tahu korang nak masak macam mana. cik zira pilih mesium well 80% kata adik tu. pastu bagi tahu pilihan sos - blackpepper/mushroom/lagi satu tak ingat lupa ingatan sekejapšŸ¤£










cik zira dan bff pilih satu hidangan kambing dengan satu hidangan lembu. nanti harga korang baca sampai habis eh.

untuk anak anak kitorang oder set kids meal pasta. RM10 memang portion budak. sekejap je dah sampai lega sangat sebab anak anak memang dah lapar. khaliq makan aglio olio sepinggan dia sorang. khalisah carbonara, kafeel dan aqeed makan bolognese.







pastu khalisah oder ice blended choc oreo. kalau korang oder set daging korang akan dapat minuman free flow amek cawan dan isi sendiri air. harini tadi ada air blackcurrant dengan honey dew.

pastu oder kek coklat 2 slices. dapatlah cik zira dinyanyikan lagi birthday secara kecil-kecilan. tetap rasa terharu♥️



kanbing sedap. set hidangan atas pinggan pun best. salad, whipped potato dan sayur. cuma sos dia sket cik zira tak cukup nak cicah. steak dia ok tapi takdelah sedap sangat sampai terkenang kenang.

akhirnya merasa la jugak kan restoran yang pernah viral ni - Me’nate

senang sebab masa pilih dah ada siap harga. korang pilih jela mana berkenan. jangan risau staf dekat situ akan tolong korang buat pilihan kalau korang tak tahu nak pilih yang mana. ada je yang harga beratus ratus tapi cik zira tak ameklah. amek yang biasa biasa je. janji dapat merasa kan



kat bawah ni resit cik zira untuk 2 dewasa dan 4 kanak kanak. oklah kan takdelah mahal bebeno. korang yang belum cuba, apa lagi terjah la Me’nate Johor Bahru okšŸ˜€

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails