SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 3, 2019

27032019 - paradigm mall

hari yang sama di birthday ke 33 tahun cik zira, lepas je kenyang makan di Me'nate Johor Bahru, kitorang geng mak mak dan anak anak terus ke Paradigm Mall sebab cik zira dah beli online tiket Upin Ipin Keris Siamang Sakti.

cik zira khalisah khaliq dah tengok 21 Mac malam lagi bawa pengasuh khaliq dan anak anak dia sekali, tapi oleh kerana anak anak BFF belum tengok lagi, jadi kita layan lagi sekali cite upin ipin ni. nasib baik best. khaliq walaupun dah tengok cite tu, dia boleh layan lagi dari awal sampailah habis.

lepas tengok movie, kitorang berjalan dan bershopping. masuk h&m ada offer, beli seluar dengan baju sket. lepastu cari wallet khalisah, belanja dia wallet dekat smiggle.



sempat jugak empat askar ni nek chu chu train untuk beberapa round. dah nampak kan kenalah kasi naik kang melalak sorang sorang jenuh plak. hehe

lepastu, dengan resit RM80 dan ke atas boleh nek wall climbing secara percuma. jadi, khalisah dan kafeel berpeluang panjat untuk pertama kali.







penat berjalan sume, kitorang makan lagi. sebab dah lapar balik kan. makan dekat SDS cafe&restaurant. cik zira memang suka makan dekat sini. dari zaman kitorang sekolah menengah makan beef kuey teow. sampai dah masing masing anak dua pun suka makan sini. sedap, harga berpatutan sangat dan portion pun banyak. memang kenyang.








lepas makan BFF pun hantarkan cik zira dan anak anak balik rumah. 1 hari yang sangat happy bila dapat luangkan masa dengan BFF cik zira dan askar kitorang. next time balik JB wajib ngedate lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails