SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 15, 2019

bila gigi kekal dah tumbuh, gigi susu kenalah cabut

masa cuti bulan 3 haritu jugak, tak habis lagi kan cerita dah 2 bulan dah, hehe
khalisah cakap mulut dia ada ulser, dia pun tunjuklah kat ibu.

sekali rupanya gigi belakang dah naik. masha Allah. ibu pun macam alahai, ni kena gi cabut gigi depan tu la jawabnya sebab yang belakang dah tumbuh. sayang lah sebab gigi khalisah memang sume elok dari tumbuh memang takde rosak apa pun walaupun jenis maka jajan gegula coklat aiskrim selalu.



nak tanak balik penang, ibu pun bawa khalisah gi dentist dekat dengan BJ shopping mall tu. sederet dengan maybank tapi hujung dekat dengan bata.

memang doc kata kena cabut yang gigi susu depan tu nak bagi gigi kekal belakang pergi ke depan. sakitlah kan sebab kena cabut takde goyang apa. ibu suruh doc cucikan sekali gigi tapi doc kata tak payah sebab gigi khalisah elok cantik tak rosak apa. sengih la kejap ibu pun. sebab memang gigi dia tak rosak sebatang pun. ni pun kena cabut sebab gigi belakang dah tumbuh.





nangis kejap sebab sakit. lepastu ok. doc sangat baik. doc lelaki cina tapi sopan sangat.

lepas khalisah dah selesai, cik zira plak cuci gigi. memang best tak sakit. siap ada tampal 1 gigi sebab berlubang. pernah pergi klinik gigi rohani depan ni je dekat gelugor ni, masha Allah sakit sangat dia cuci. tanak pergi situ dah.

memang lepasni cuci gigi dekat klinik relau ni je best.

total khalisah cabut gigi dengan cik zira cuci gigi dan tampak gigi lubang sebatang RM200 je tak silap. dalam anggaran macam tu, khalisah cabut gigi RM40.

lepasni memang kena setahun sekali rajinkan diri pergi cuci gigi untuk gigi sihat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails