Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan.
pagi ni nak berkongsi pengalaman sikit. niat perkongsian mohon jangan disalahertikan😍
TAJUK : MENGAJI ALQURAN
seringkali cik zira dengar alasan begini - mana sempat nak mengaji baru buka Al Quran anak dah kacau.
atau begini - tak dan la nak mengaji bz sangat. balik keje dah penat.
dan banyak lagi.
mengaji ni dari kecik. betul tak? dari zaman bujang belum kahwin. kalau dah biasa amalkan selepas subuh selepas maghrib teruskan. jangan berhenti.
cik zira ada baca amalan baca Quran ni dapat terangkan kubur kita nanti. maaf kalau salah betulkan.
mengaji bukan time ramadhan je. mengaji tu hari hari. tak dapat banyak dua muka surat pun ok dah.
subuh dua muka surat maghrib dua muka surat. ni bukan dalam ramadhan. bulan ramadhan kita up kan subuh 10 maghrib 10 isyak 10 muka surat.
ANAK-ANAK?
mak mak, anak anak tu hasil dari macam mana kita bentuk dia kita aja dia. cik zira dari khalisah baby dia akan faham lepas maghrib ibu akan buka quran baca. awal dia tak faham tapi lama lama dia faham ibu ngaji tak boleh kacau. khaliq pun sama awal dia tengok ibu ngaji dia kacau suh tutup quran tu. tapi percayalah bila dia dah faham time ibu pakai telekung nak solat dia tak kacau. buka quran nak ngaji dia tak kacau.
atau senang kata, kita manusia ni tak lari dari hadap fon kan? tengok ig tg fb tengokla sume benda nak tengok. time tu anak kacau ke apa ke kita layan je fon tu kan? betul tak ni?
KENAPA KITA TAK BUAT BENDA NI UBAH DENGAN BACA ALQURAN?
jadikan diri rasa bersalah. eh aku ni hari hari hadap fon berjam jam boleh. nak buka alquran baca satu muka surat sehari pun susah. atau masa tengah pegang fon tu tanya balik diri kita eh dari duk hadap fon ni baik amek wudhu ngaji sekejap 2 muka surat.
cik zira kadang lalai. tapi cik zira remind diri balik. nanti masa mati takde sape tolong kita dah. amal apa kebaikan apa kita buat di dunia ni yang akan bantu kita. cik zira takut mati. banyak sangat dosa lain duk buat hari hari 😔
mesti ada yang baca ni dalam hati cakap - eleh macam bagus je dia ni🤪
takpe cik zira terima. cik zira cuma nak berpesan. JANGAN CARI 1000 ALASAN UNTUK BUAT SATU KEBAIKAN. cari masa. baca quran tak lama. sekejap je. bila ada masa terluang kita cuba baca tafsir fahamkan maksud setiap perkataan. seronok sebab macam macam cerita Allah dah simpan dalam alquran.
kalau yang amalkan baca quran setiap hari alhamdulillah. kita teruskan sama sama ok. bukan di bulan ramadhan je tau.
kalau yang masih ada setahun 365 hari nak dapat satu muka surat tu pun susah jomlah ajak diri sendiri kita ubah. dari hadap fon berjam jam tu kita baca quran sekejap. tak lama pun. dalam fon pun ada jugak kan boleh baca quran 😀
dulu time kecik dah khatam dah sekali. eh tu lain. apa kata kita kasi khatam quran setiap tahun. lagi best kan.
bab solat pun masih banyak cik zira kena baiki. selalu terlajak. susah betul nak dapatkan awal waktu😩 takpe cuba lagi. lalai tu banyak sangat dalam diri ni.
sibuk mana pun carilah masa untuk kita buka alquran dan baca. bukan untuk siapa siapa tapi untuk diri kita sendiri jugak.
ini bukan post nak tunjuk alim sebab cik zira pun pendosa setiap hari. tapi sekadar nak berpesan pesan tentang kebaikan yang kita semua nak cari dalam hidup ni untuk bekalan di sana nanti.
No comments:
Post a Comment