SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 23, 2019

cermin mata merah baru cik zira


Kalau dah nama pencinta merah, memang kalau boleh nak mencari barang tu WAJIB lah MERAH. Dan bercerita bab cermin mata ni, cik zira akan tukar cermin mata dua tahun sekali la selalunya. Setiap kali tukar setiap kali tu lah power mata makin naik.

Terkini tahun ni power spek mata kiri kanan 470. Huhu. Niat nak buat lasik tapi jadi takut lepastu kekangan masa. In sha Allah satu hari nanti kena buat jugak lasik tu supaya takyah dah nak pakai spek mata contact lense bagai. Doakan ye. Nak buat dekat sungai petani tu je dekat sket takyah sampai ke KL.

Ok, berbalik kepada cerita spek mata baru cik zira untuk tahun ni. Oleh kerana nak warna merah memang setiap kali tuka susah sangat nak dapat bingkai merah betul. Mesti macam merah gelap maroon atau dia punya tangkai tu merah.



Kalini nak tuka selera bingkai korea yang nipis dan beso beso. Cari punya cari masa berjalan beli perfume tu, turun tingkat bawah tempat makanan tu adalah kedai cermin mata kecik je, sekali tengok ada bingkai korea terus cari warna merah jumpa dan happy. Ada dua saiz satu kecik satu beso. Cik zira nak beso. Pilih terus dan check mata. Silau naik power rabun pun naik.

ni cermin mata merah sebelum ni yang mahal tu


Harga bingkai dan cermin kasi nipis sket RM289 macam tu. Siap dapat lagi satu cermin mata frame plastic untuk pakai dalam rumah. Kiranya harga tu untuk 2 cermin mata. Oklah tu. Cermin mata sebelum ni cik zira buat lepas khaliq dah 6 bulan tu harga RM499, tu cermin mata paling mahal cik zira pernah buat kalau tak sebelum ni, seratus lebih je.

ni cermin mata merah baru

Onz ke tak onz gaya baru cik zira puas hati beso terus cermin mata ni hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails