SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 1, 2022

Restoran Pen Mutiara Penang

Kalau korang datang penang kan, pastu tak tahu nak makan dekat mana, bolehlah pergi makan dekat Restoran Pen Mutiara. 

Dia ada dua cawangan, satu cawangan di Butterworth. Satu lagi cawangan di Batu Maung, yang ni besar dan cantik dan siap ada hotel lagi. 

Baruni cik zira makan di Pen Mutiara Butterworth buat jamuan kecik sket untuk kawan kawan SKJ yang dapat berpindah sekolah. 










Cik zira oder set yang 10 orang satu meja. Set Istimewa Delima. Harga dia sekali dengan tax RM408.10. Tapi berbaloilah. Kitorang makan 9 dewasa 3 kanak-kanak, habis licin semua. Alhamdulillah.


Restoran Pen Mutiara ni special dia memang kari kepala ikan. Korang kalau datang wajib order kari kepala ikan tau. Kalau macam masakan bergoreng ke tomyam tomyam tu tak berapa sangat. Kalau kari kepala ikan dia memang the best!

Sesekali bila mai penang tu, mai lah try makan di Restoran Pen Mutiara nah☺️

Cik zira bagi contact number untuk dihubungi
Pen Mutiara Penang 0104380357
Pen Mutiara Butterworth 0125533966

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails