SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 12, 2022

Hotel Pen Mutiara Penang

Kalau post sebelum ni cik zira cerita pasal makanan dan kesedapan kari kepala ikan restoran pen mutiara, post kalini cik zira nak share yang restoran pen mutiara ni pun ada hotel tau.

Ada ruang untuk buat majlis kahwin, untuk buat mesyuarat. Dan bestnya bilik hotel besar dan harga sangat berpatutan.

Bestnya jugak sebab ada kolam untuk anak anak mandi. Lama dah kolam ni tutup, tapi tiba tiba minggu lepas Khamis malam cik zira tengok Page fb kata kolam dag buka, terus pm tanya ada bilik kosong tak. 

Dapat tahu ada bilik kosong hari jumaat pun dah lewat cik zira dekat sekolah masa tu buat kerja. Habis kerja balik dari skola kemas beg laju laju terus pergi check in.

Bilik yang cik zira dapat jenis triple family suite, ada katil king dan single. Bilik sangat luas, bilik air dan bilik mandi pun luas ada bath tub. Memang puas hati dengan harga offer yang cik zira dapat. 








Masa sampai pun tak makan lagi, letak beg semua turun bawah je makan. Order sup ayam, sotong goreng tepung, sotong sambal petai, milo ais, sunquick, oren jus dan nasi putih untuk 3 orang total RM77+. Siap ada lebih banyak bungkus bawa naik ke bilik. 

Petang budak budak mandi kolam, dan bestnya kolam kitorang je ada takde orang lain, syok la sangat budak budak ni.




Mandi sepuasnya. 

Malam pulak lapar oder makanan hantar ke bilik. Tak lama sangat pun tunggu. 


Oder bihun goreng, maggi goreng dengan nasi goreng kampung. Air milo ais dan teh ais. Total RM38 je. Mana dapat makanan banyak sedap dekat hotel harga murah macam ni kan. 




Sebab tu kalau siapa yang nak bercuti dekat bilik yang luas bersih, harga berpatutan, ada restoran makanan yang sedap, ada kolam untuk anak anak mandi, silalah check in di Hotel Pen Mutiara Penang. Tak risau dah pasal nak makan ke apa. 

Nanti boleh repeat check in sini lagi. Best!

Nak tengok video boleh  KLIK SINI 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails