SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 16, 2022

Telur Masak Kicap Sangat Mudah

Bila dah tak tahu nak masak apa, akan ada lauk yang cenggini mudah kan mak mak dan anak anak pun gerenti suka makan bertambah.

Bahan bahan
1. Telur
2. Minyak 
3. Bawang besar dihiris 
4. Bawang putih dihiris
5. Cili padi sikit
6. Sos tiram, kicap manis, kicap ABC, thick caramel sos

Cara masak paling senang
1. Panaskan minyak, goreng telur mata. Toskan telur. Buh dalam bekas cantik.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan hirisan ke dalam minyak dan tumis garing.
3. Masukkan sedikit air. 
4. Masukkan segala kicap yang ada.
5. Perasakan sesedapnya. 
6. Tuangkan kuah kicap tumis ke atas telur mata.
7. Siap!

Selamat mencuba. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails