SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 27, 2022

Khalisah, Khaliq dah cucuk vaksin

Tanggal 18 Februari lepas, anak anak cik zira dua ketul ni dah selamat cucuk vaksin untuk kanak kanak. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dua dua takde demam atau sakit lepas cucuk.

Khalisah dan khaliq cik zira dah daftar siap siap untuk terima vaksin dalam MySejahtera. Khalisah dapat date 18/2/2022 sebab ikut sekolah. Khaliq cik zira bawa je sekali untuk walk in. Tapi masa tengah tunggu tu dapat call kata boleh datang. Nasib baik memang bawa dia sekali. Senang sekali jalan. 

Tempat cucuk vaksin untuk kanak kanak sebelah penang ni dekat Tapak Pesta Sungai Nibong. Ramai jugak orang. Cik zira sampai 10 lebih macam tu, selesai semua dalam sejam lebih. Cepat cepat setel beli makanan hantar dua ketul balik rumah sebab cik zira pun kena bertugas dekat situ untuk sesi petang. 

Nak tunggu untuk masuk dalam tu lama, tapi bila dah masuk dalam tu proses sangat pantas. 





Alhamdulilllah macam cik zira bagi tahu khalisah dan khaliq takde demam takde sakit sampai hari cik zira update ni, 27/2/2022. Sakit sekejap dekat tempat cucuk khalisah cakap. Tapi khaliq memang tak sakit langsung. 

Kita sebagai mak doa je yang baik baik. Kita berusaha ikhtiar dan tawakal. Semoga kita semua sihat sihat dijauhkan dari covid dan segala penyakit.

Jaga diri semua ye. Kes makin naik ramai sangat dah kena. Ni pun dah start cuti sekolah. Jaga sop tau. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails