SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 6, 2022

Dapur Bakar, Perda

Dua minggu lepas gengibumama dengan 4 ketul kekanak berjalan ke perda sebab nak gi main dekat CEOkids. Sampai awal jadi kitorang cari dulu tempat makan sebab tak makan lagi. Masa tu dalam pukul 11 pagi.


Tak tahu nak makan dekat mana, kitorang makan dekat Dapur Bakar ni je sebab tengok banner murah sangat 1 set.



Dekat sini siapa yang suka makan nasi lauk simple macam ayam goreng kunyit dan daging goreng kunyit, bolehlah enjoy makan. Sebab benda simple macam ni la kadang yang sedap bila dah tak tahu nak makan apa kan. 

Cik zira order :
🍚 2 set nasi + daging goreng kunyit
🍚 2 set nasi + ayam goreng kunyit
🥤 2 sirap ais + 2 teh o ais
🍳 add on 2 telur mata
TOTAL RM40 sahaja. Murah ke murah?



Kitorang berenam makan 4 set tu. Memang sangat kenyang. Portion dia sangat banyak ok. Tak kedekut lauk tu sebab nasi dah habis pun lauk tu kitorang ratah. 

Oh, dalam set tu ada sekali sup kosong dan sambal belacan tau. Sambal belacan pun sedap. 

Masa kitorang sampai tu takde siapa lagi sebab masih belum waktu lunch. Tapi lepas tu ramai sebab murah dan banyak memang kenyang. 

Kalau siapa gi jalan perda tu bolehlah singgah Dapur Bakar untuk makan makanan simple tapi tambah selera macam ni ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails