SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 22, 2022

Hadiah Hari Guru

Ha kalau jadi mak mak ni, tak sah kan kalau pening nak fikir hadiah apa anak anak nak kasi dekat cikgu cikgu masa hari guru. 

Dari khalisah tadika memang cik zira akan belikan hadiah untuk khalisah bagi dekat teachers. Sampailah dah masuk sekolah kebangsaan pun sama, khaliq pun sama. Memang akan carikan hadiah untuk hari guru. 

Cik zira pernah belikan coklat, tupperware, kerongsang dan macam macam jugak tak ingat dah. 

Tahun ni khalisah setelkan semua. Dia yang packing tulis. Untuk sekolah khalisah Dia bagi shades sekali dengan bekas. Untuk sekolah kafa dan sekolah adik cik zira belikan mini perfume. Boleh buh dalam beg dan senang nak bawa gi mana mana. 


Bukan hadiah pun yang cikgu cikgu minta. Tapi kita sebagai mak, nak hargai jasa cikgu cikgu yang dah tolong jaga dan didik anak anak kita dekat sekolah dekat nursery. 

Berapa pun nilai tu tak penting, kalau kita rasa ada lebih nak kasi lebih terpulang kan. Janji anak anak rasa happy bila dapat kasi hadiah dekat cikgu cikgu dorang. Balik cerita cikgu cikgu cakap terima kasih. 

Kan bahagia namanya tu kan❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails