Makanannya terutama kari kepala ikan yang wajib cuba lah. Favourite cik zira dengan khalisah sotong goreng tepung. Rangup dan banyak.
Baruni cik zira sempat singgah pen mutiara sebab nak tapau. Order sekejap je takyah tunggu lama lama.
Cik zira order semestinya kari kepala ikan sebab dah lama tak makan teringin pulak. Order untuk portion 2 orang makan. Tapi masha Allah, punyalah banyak. Boleh la makan 6-8 orang pun boleh kalau jenis tak makan banyak. Ikan tu ada 6 ketul tak silap. Kuah pun banyak penuh satu periuk. Bawang bendi tomato sume ada sekali kiranya balik rumah masukkan sume dalam periuk panaskan je.
Lepastu cik zira order sotong goreng tepung small portion tapi banyak la untuk cik zira makan berdua dengan khalisah. Cik zira order jugak fresh orange 2 cawan.
Kari kepala ikan 2 orang makan RM45
Sotong goreng tepung small RM15
Fresh orange x2 RM16
TOTAL RM76+
Sotong goreng tepung habis makan dalam kereta licin. Balik panaskan seperiuk kari kepala ikan tu, buat telur dadar makan dengan nasi panas panas. Peh, padu!
Esoknya pun panaskan je lagi kari kepala ikan ni sebab ada lebih banyak senang takyah masak. Buka puasa makan nasi kari kepala ikan dengan sambal. Sedap sangat!
No comments:
Post a Comment