SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 31, 2022

Baju Merdeka CikZira

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 tahun tahun ni. Alhamdulillah setelah 2 tahun Merdeka sunyi sepi, tahun ni dah dapat merasa semula kemeriahan sambutan Merdeka.

Semalam dekat sekolah cik zira sambut majlis ambang Merdeka. 

Pergi sekolah pakai biasa dulu. Masa nak mula majlis lepas rehat tu baru pakai aksesori mana yang ada. 


Baju cik zira tempah Blouse Merdeka tahun lepas punya. Match kan dengan kain kurung warna merah, pakai shawl putih. 




Lepastu aksesori kepala dan tambah selendang kuning dengan sampin merah la konon kononnya. 

Budak budak pun bukan main happy dapat merasa sambutan Merdeka dekat sekolah. Kalau tak kan sunyi je 2 tahun PKP takde sambutan apa apa.




Ramai pakai cantik cantik semalam beria mak mak siapkan anak anak. Baju cantik cantik kreatif comel semuanya. 


Harini sume cuti rehat sehari, esok kerja balik. Korang pergi mana harini? Ada semangat sambut Merdeka kan? Cik zira rehat dengan anak anak nanti baru keluar berjalan.

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara disayangi ni sentiasa aman damai makmur sentosa. Aamiin🇲🇾

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails