SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 4, 2022

Resipi Ketam Masak Cili yang mudah sangat

Ketam Masak Cili video shorts cik zira update dekat youtube cik zira ni tau. Boleh Klik link tu untuk tengok video. 


Jom cik zira kongsi macam mana nak masak ketam masak cili yang sangat mudah yang menggunakan bahan-bahan yang memang ada dekat dapur tu. 

Bahan-bahan:
1. Blend kasar bawang besar, bawang putih dan cili merah. Agak agak kuantiti sesuai dengan berapa ekor ketam nak masak. 
2. Ketam yang telah dicuci bersih dan dipotong dua. Cik zira guna dalam 4-5 ekor ketam saiz sederhana.
3. Sos Tiram, sos cili dan sos tomato.
4. Serai yang dititik.
5. Garam gula dan sedap rasa secukup nya. 
6. Minyak untuk menumis. 
7. Daun ketumbar.

Jom masak.
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bahan kisar kasar tadi dan serai yang dititik sehingga naik bau dan sedikit garing. 
3. Masukkan sedikit air jika terlalu kering kuahnya. 
4. Masukkan sos tiram sos cili dan sos tomato secukupnya. 
5. Perasakan dengan garam gula sedap rasa. Gaul sebati.
6. Masukkan ketam dah gaul sebati sehingga ketam masak.
7. Masukkan daun ketumbar, tutupkan api dan gaul lagi sedikit. 
8. Dah siap!

Boleh makan dengan nasi panas panas, peh terangkat betul lah! Siapa yang suka makan nasi dengan lauk yang kuah kering macam ni kita geng. 

Sedap tau korang. Simple tapi sedap. Selamat Mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails