SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, October 28, 2022

Hotel Sfera Sri Manjung

Post kalini cik zira nak share satu hotel yang korang boleh bawa anak anak check in kalau bercuti ke Lumut ke Manjung ke atau Sitiawan. 

Dekat sini tak banyak pun hotel yang ada kolam. Kalau dekat Lumut tu ada satu hotel nama Orient Star tak silap. Ha tu ada kolam jugak.

Tapi yang ni cik zira nak share Hotel Sfera. Dekat pekan Sri Manjung. Cik zira book dekat agoda.com untuk bilik double standard termasuk sarapan untuk 2 dewasa. 

Menariknya hotel ni sebab dia ada jambatan comel untuk hubungan ke bangunan sebelah. Jadi boleh la konon jenguk ke bawah tengok cari dekat mana park kereta hehe.

KLIK SINI untuk tengok video kitorang check in.

Cik zira bercuti dengan adik cik zira yang navy duk dekat lumut tu. Jadi check in sekali. Bilik level yang sama level 3 tapi tak dapat sebelah sebelah. 











Bilik alhamdulillah ok. Sesuailah kan dengan harga. Dapat katil 2. Dekat tingkap ada macam tempat duduk boleh duduk tepi meja ofis tu. 

Bilik air pun ok takdelah kecik sangat. Bersih. Cuma ada leaking je dari atas ingatkan ada orang tak tutup paip tapi memang ada leaking. 

Kolam mandi dekat tingkat 2. Kolam biasa je takde slides ke apa tapi dah cukuplah untuk budak budak kan. Duk hotel mesti nak mandi kolam. 



KLIK SINI untuk video mandi kolam dekat hotel sfera ni.

Sebelum mandi kolam tu kitorang turun bawah cari makanan. Lagipun dapat voucher boleh claim makanan percuma. Jadi kitorang redeem ayam goreng crispy. 

Macam macam makanan ada dekat bawah hotel tu. Salah satunya ada kedai roti dan kek nama The Bakers Hut. Cantik sangat kedainya dan macam macam roti dan kek fresh ada jual dekat kedai cantik ni. Coffee dan minuman lain pun ada jugak tau. KLIK SINI untuk tengok video kedai The Bakers Hut

Esoknya untuk breakfast, harga bilik dah sekali untuk 2 orang dewasa. Tapi untuk kanak kanak 6 tahun ke atas kena bayar asing RM20. Memang agaknya hotel sekarang kena bayar eh untuk budak. Ikutkan budak mana lah makan sangat kan. Tutup mata jela adik cik zira bayarkan untuk anak dia 6 tahun. Tapi makan kek pisang je. 

Makanan yang basic setiap hotel ada tu ada. Main menu nasi tomato dengan kari ayam sedap. Mee goreng biasa je. Lepastu ada megi dan mee sup corner tapi cik zira tak makan. Nak tengok makanan apa lagi ada jom KLIK SINI untuk video Breakfast Hotel Sfera.

Cumanya time cuti sekolah kan ramai bawa anak anak family bercuti, jadinya nak breakfast tu kena beratur tunggu ada meja kosong. Nasib baiklah adik ipar cik zira memang turun breakfast awal, dia tunggu cik zira turun. Kalau tak kena tunggu lagi lama nak dapat meja kosong.

Sekian sahaja perkongsian cik zira untuk check-in hotel kalini. Cik zira pergi lumut cuti deepavali baruni. Check in dua hotel. Satu Hotel Sfera ni, satu lagi Double Tree Hilton Damai Laut. Ha yang ni pun nanti cikzira review. Ok? 

Video cik zira mengimbau kenangan setelah berbelas tahun tak datang tempat membesar ni boleh KLIK SINI eh. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails