SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 23, 2022

Meokja Korean Food Penang

Dekat penang ni, kalau korang nak makan makanan Korea yang halal, boleh lah terjah Meokja Korean Food yang terletak di Seberang Jaya Penang. 

Cik zira kalau weekend biasanya memang suka pergi Sunway Carnival Mall dan selalunya lalu je kedai ni tapi tak pernah cuba pun. 

Last week cikzira khalisah khaliq makan tengah hari dekat sini. Kedai luas cantik selesa. 

Masa sampai tu adalah dalam 4 meja dah ada customer. Macam biasa sebelum nak pergi mana mana kedai, cik zira study dulu tau menu. Senang nanti dah sampai kedai tu, dah tahu nak makan apa. 

Ok ini apa yang cik zira order:
๐Ÿง‹Double chocolate frappe RM13 (boleh share 2 orang)
๐Ÿฑ SPICY popcorn chicken dosirak RM26 (sedap dan pedas)
๐Ÿ™ Kimbap beef bulgogi RM18 (portion 2-3 orang makan)
๐Ÿ— Mix flavour chicken 9pcs RM35 (ayam tak besar tak kecik boleh untuk 3-4 orang makan)





ayam tu sampai lambat masa tu dah kenyang, jadi tapau bawa balik ayam dengan kimbap ada lagi beberapa ketul tak habis. 

Tapi tak sangka plak 1 bekas tapau kena charge 50 sen. Ada 3 bekas tapau nadi kena charge RM1.50. Semua perlukan duit ye sekarang hehe

sesekali nak merasa makanan Korea ni oklah. Kalau selalu selalu tak lalu sebab tekak tekak Melayu. 

Korang yang boleh selalu selalu makan makanan Korea tu, bolehlah makan dekat MEOKJA KOREAN FOOD ni tau. Owner Melayu kalau tak silap cikzira. 

Alamat kedai : No 11 ground floor, Jalan Todak 3, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails