Cik zira book dekat booking.com awal awal lagi sebab tahu cuti sekolah dan on the way nak balik ke Melaka boleh lah singgah check in satu malam.
BILIK (KLIK SINI untuk video)
Cik zira booked harga RM454.93 untuk bilik double sekali breakfast. Ni harga standard rasanya untuk bilik macam ni atau akan mahal sket sebab cuti sekolah.
Konsep bilik dia macam apartment sebab masuk masuk ada dining dengan sink. Pastu ada balkoni boleh tengok pemandangan cantik.
Sebab utama cik zira pilih amverton Cove ni sebab dia ada Riverine Splash tu. Jalan kaki je. Dan ada jugak aktiviti macam ATV la picnic la macam macam lah ada. Tapi sume berbayar😅
Dekat hotel ni ada je pool tapi pool biasa jelah sebab dah ada Waterpark kan. Ada mini playground tepi pool. Lepastu ada macam arcade mainan yang anak anak boleh main jugak. Kena beli token tu.
Cik zira sampai dari Melaka dah petang. Jadi petang tu dah solat jamak siap siap turunlah nak pergi mandi. Tapi tak boleh. Lagi sejam nak tutup dia tak kasi masuk dah. Jadi kitorang jalan jalan ke kawasan situ tapi tak lama sebab hujan turun lebat.
Oh lupa nak bagi tahu. Kalau untuk hotel guest ada kupon untuk diskaun masuk ke Riverine Splash dengan Riverine Adventure. Jadi masa nak masuk tunjuk kupon tu.
BREAKFAST (KLIK SINI untuk video)
Untuk breakfast plak, memang macam macam ada. Kira berbaloi la siapa suka makan pagi banyak bolehlah makan semua yang ada.
Cikzira sebab selalu buat IF tengah hari baru makan. Jadi takleh la nak sumbat banyak sangat pagi pagi.
Cikzira amek sepinggan nasi lemak dengan lauk pastu campur kuey teow goreng. Lepastu semangkuk bihun sup oklah rasa pun sedap.
RIVERINE SPLASH (KLIK SINI untuk video)
lepas breakfast, kitorang naik bilik semula untuk salin baju kolam. Riverine splash buka 10am sampai 6pm. Jadi awal tu kitorang dah masuk beli tiket.
Harga untuk cik zira khalisah dan khaliq RM104. Lepastu nak kena sewa pelampung RM20 + RM10 deposit. Kena sewa tu sebab khalisah nak nek slides yang tinggi pusing pusing tu. Lepastu nak naik slides tu kena 2 orang. Jenuh khalisah mencari kawan nak ajak naik sama sama. Nasib jumpa kawan.
Kitorang masuk 10am lepastu keluar 11.40 macam tu sebab nak bersiap kan nak check out. Jadilah dapat main 1 jam lebih.
Kalau dari buka sampai tutup duduk dalam tu berbaloi la harga yang dibayar tu. Macam cik zira sebab sekejap je kan nak check out tapi takpelah janji khalisah khaliq dapat enjoy mandi situ.
Ok review ringkas cik zira seperti di bawah ye:
⭕️ harga bilik ⭐️⭐️⭐️
⭕️ bilik ⭐️⭐️⭐️
⭕️ pemandangan ⭐️⭐️⭐️⭐️
⭕️ breakfast ⭐️⭐️⭐️⭐️
⭕️ riverine splash ⭐️⭐️⭐️⭐️
⭕️ pelbagai aktiviti ⭐️⭐️⭐️⭐️
⭕️ recommend untuk datang ⭐️⭐️⭐️
No comments:
Post a Comment