SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 29, 2023

Meqrizq Republic Perda

Haritu masa cuti raya Cina, cik zira bawa khalisah dengan khaliq makan dekat Meqrizq Republic Cawangan Perda. Tengok dekat IG ada promosi dulang sempena raya Cina je. Nama menu tu prosperity dulang. Sedulang beso tu dengan pelbagai hidangan tu hanya RM80 je korang tahu tak. Dahla banyak atas dulang tu tak cukup dengan tu, dibaginya plak nasi arab sepinggan beso. 

Masha Allah. Jenuh nak bagi perabih. Tapi banyak jugak yang kitorang 3 beranak makan. Yang tak habis, jangan bazir staf kedai akan tolong tapaukan nanti sambung makan dekat rumah. 

Air macam biasa kalau makan 3 beranak memang oder 1 je air manis. Sebab memang bawa air kosong setiap kali keluar berjalan. 

Jus oren tu sedap portion ok, harga RM6.90 je. 

Jom tengok apa yang ada dalam Prosperity Dulang tu. Ikutkan ni portion 6-8 orang makan tau sebab macam macam sangat ada dalam dulang tu.
✅ lamb chop 3 keping
✅ crispy chicken chop beso beso gabak 2 keping
✅ spageti bolognese secukup rasa sesuai anak makan 
✅ salad, yang ni cik zira balun sorang makan dengan nasi arab
✅ burger ayam crispy besar sangat
✅ cheesy meatball gemok gemok ada 8 biji
✅ fries 
➕ sepinggan besar nasi arab ni licin kitorang makan





pada cik zira, kalau nak makan western atau nak makan makanan macam nasi arab Inilah restorannya. Western pun sedap, nasi arab pun sedap. Harga pun sesuai sangat dengan portion yang banyak. 

Kalau jenis perut kecik tak makan banyak boleh sangat share. Kalau jenis makan banyak tu memang sesuai lah makan dekat Meqrizq Republic ni. 

Dia ada banyak cawangan tau. Yang cik zira pergi ni dekat Perda. Kedai dia corner lot. Luas dan selesa. 

Korang kena Cuba tau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails