SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 25, 2023

2 Kedai Laksa di Penang

kalau siapa suka makan laksa penang, laksa kedah laksa utara, meh cikzira nak suggest dekat korang ada 2 kedai laksa yang cikzira dah pernah try. 

Kalau dekat belah pulau ni, nama kedai dia Laksa Kuah Pekat. Lokasi dekat bayan baru berdekatan dengan sunshine. Parking dia agak susah park je tepi jalan tu tapi hati-hati lah kalau ada polis ye😅

Kedai dia agak panas kalau duk belah dalam panas bahang kalau duduk luar panas matahari. Tapi takpelah Demi nak makan, relaku berpanas. Ececeh

Dekat kedai Laksa Kuah Pekat ni, wajib order laksa. Cik zira order laksa sarang tapi lepas dah rasa cik zira prefer laksa biasa sebab sarang tu kan telur kan jadi bila dia berminyak makan dengan kuah laksa tu macam tak kena dengan tekak cikzira. 


Selain tu cikzira order nasi ayam, bihun sup, ais jagung dengan Milo ais tabur. Alhamdulillah semua sedap. 

Kalau kedai laksa belah seberang jaga pulak, cikzira recommend Kedai Laksa Kedah Kaw SR. Landmark Dia petron seberang jaya dia depan sket dan seberang jalan. Kedai kecik je tapi menu semua sedap. 

Masa tu cikzira singgah tapau je sebab nak makan dekat rumah. Tapi sebab macam dah lewat petang banyak menu dah habis. 


Cikzira tapau laksa, bihun sup dengan cha bang ang. Portion banyak harga pun ok. 

Jadi, cikzira recommend dua kedai ni kalau korang nak makan laksa dalam masa sama nak makan nasi ayam ke bihun sup ke dua dua kedai ni ada. Desert pun sedap cukup manisnya. 

Cuba tau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails