SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 1, 2023

Amari Spice Penang Hotel

Baruni cik zira bawa khalisah dengan abdul khaliq check in dekat hotel yang jauhnya 10 minit je dari rumah ni. Gelugor ke Bayan baru tu tak jauh.

Hotel ni hotel baru sebelah dengan Spice Arena. Tempat parking pun bau bangunan baru lagi punya nak cakap memang baru. Hehe

Cik zira check in sabtu, 27 Mei booked pun last minit dah pukul 3 macam tu baru book. Jadi check in sabtu cuti sekolah dengan last minit masa tu dapat RM398 inc breakfast. Cikzira book Deluxe King room. 






Petang tu khalisah dengan abdul khaliq check in dulu dengan babah sebab ibu kerja ada Mesyuarat PIBG jadi balik rumah nak rehat nak buat kerja dulu semua. 

Petang dorang mandi kolam. Maghrib pun dekat surau bawah besar cantik lepas solat dorang jalan jalan dekat bawah ada taman. 

Nak tengok video boleh KLIK SINI 

Bilik ok luas selesa baru. Kalau 4 orang macam cik zira tido tu masih boleh je nak bersempit atas katil king tu. Kalau tak boleh je bawa cadar tido dekat bawah. Bilik dan bilik air bersih. Ada sudut gantung baju dan iron baju depan bilik air. 

Pemandangan pun cantik buka je langsir nampak lah bawah nampak PISA nampak taman nampaklah bandar Bayan Baru.  

Esok paginya macam biasa lah kalau dah amek bilik sekali breakfast kenalah turun pergi breakfast. Masa turun tu dalam pukul 8 lebih gitu banyak makanan kena topup. Macam biasa ada nasi lemak nasi goreng pasta roti canai. Ada roti roti, noodles, telur, waffle pancake. Macam-macam jugak ada. Kira berbaloi lah turun sarapan. 

Cikzira paling suka chat kuey teow makan sampai 3 pinggan. Sedap CKT chef tu masak. Makan pulak panas-panas buh dengan cili tu memang surrr. 

Nak tengok video sarapan dekat hotel ni, boleh KLIK SINI eh.

Kalau korang nak check in hotel dekat Penang yang bukan di feringgi bukan di belah town, boleh try check in dekat Amari Spice Penang ni ok. 

Kalau nak bawa anak-anak mandi dekat kolam mainan budak-budak dekat PISA tu pun dekat sebelah je. Makanan pun senang dapat situ macam macam ada, order je grab ke food panda ke kalau malas nak keluar.

Cikzira bagi 4⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk hotel ni secara keseluruhan. Sebab hotel masih baru dan semua ok bersih selesa cantik❤️

1 comment:

Mohd najmi bin zainol abidin said...

Assalamualaikum..berapa kos..operit selaput dua-dua belah mata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails