SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, December 22, 2024

JJCM Bertam : Nasi Lemak Ketua Kampung

dah setel makan dekat Mi Tumis Narifqi, lajak plak ke Nasi Lemak Ketua Kampung area situ jugak untuk tapau makan dekat rumah pulak. 

dekat sini, dia buat style nasi kandar sebab boleh pilih lauk dalam cermin tu. nasi lemak tu nampak sedap nampak warna lemak tapi sebutir sebutir beras tu. 

cikzira amek dua jenis lauk: paru dengan sambal sotong kering. sotong kering tu dia potong memanjang. Total untuk sebungkus cikzira amek tu RM13. sambal telur sebijik kacang ikan bilis timun semua dapat macam biasa tau. 



komen cikzira lepas makan : nasi tu ok rasa light light nasi lemak tak rasa berlemak sangat. sambal dia pun ok, pedas biasa biasa je. sambal sotong tu ok suka sotong kering tu potong macam tu. paru dia cikzira kureng sikit sebab tak rangup dan kureng berlado dan rasa daun limau purut kuat. 

tapi secara keseluruhan untuk nasi lemak berlauk, cikzira approved boleh try lauk lain kalau repeat. cikzira kasi untuk set cikzira tapau tu 7/10. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails