SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 5, 2025

JJCM Penang : Luffa, The Leith Hotel

ni kali kedua cikzira makan dekat Luffa. Luffa ni cafe bawah The Leith Hotel dan merupakan cafe yang sama owner dengan Sutera, Irama Dining, Lagenda dengan Tamara. tapi dia cafe dalam hotel. 

haritu 1st time makan cikzira organize makan makan sempena majlis perpisahan pk petang. makan ramai ramai. yang semalam ni pi makan berdua je dengan abdul khaliq makan lunch. lepas makan, jumpa manager untuk bincang dinner SKJ untuk 17 Januari 2025 nanti. 

jom tengok apa yang cikzira oder semalam:

Nasi Lemak Sotong Petai RM26 
portion banyak. sambal dua jenis sambal tumis biasa yang wajib tu plus sambal sotong petai.
 sotong saiz sederhana dua ekor
lepastu petai penuh tak kedekut.
kedua sambal tak pedas budak boleh makan.
siapa nak makan nasi boleh oder nasi lemak

Vongole Pasta RM22
tak pedas, isi seafood tak kedekut jugak
rasa kuah tu manis seafood tu
untuk cikzira yang kuat pedas ni 
macam tak rasa nikmat lah bila makan tak pedas
tapi kalau korang suka seafood dan tak pedas
boleh oder yang ni

Luffa Chips RM10
portion ok sesuai harga, sos pun macam sos cicah rumah
cuma fries tu tak garing dan berminyak

Ice Latte RM15
portion gelas besar jugak, ada air gula asing
cikzira suka je minum pahit pun
tapi tambah jugak air gula tu sikit 



untuk cari tempat makan yang cantik selesa dan banyak spot ootd bergambar, boleh cuba makan di Luffa ni. menu pulak ada western ada nasi lemak nasi goreng pasta steam semua ada. pilihan minuman pun pelbagai. 

semoga majlis dinner nanti berjalan dengan lancar buat dekat Luffa ni dan semua pun happy puas hati. amin❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails