SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ~BUAH HATIKU~. Show all posts
Showing posts with label ~BUAH HATIKU~. Show all posts

Monday, December 26, 2011

subang emas.





buah hati bagi cik zira mas kahwin 500. dia suruh cik zira beli apa-apa simpan untuk diri cik zira guna. cik zira memang dah lama nak beli subang emas. jadi, dapat duit buah hati bagi, cik zira nak beli subang emas.






dah beli sebelum balik JB. 2 pasang sebab cik zira memang guna 4. 2 kiri dan 2 kanan. mula-mula nak ambil yang jenis lubang kecik tu 4-4 sekali. tapi, amek sepasang lain, jenis yang ada klip belakang tu.







beli 2 pasang tu masih ada lebih duit. simpan dulu. fikir nak beli apa pulak.






beli terus pakai. tak sampai berapa jam, yang jenis ada klip belakang yang cik zira memang tak suka pakai tu, klip belakang dia hilang. sayang betul. dahlah yang tu mahal. dari yang lubang kecik je tu. sedih sangat.






lenkali nak beli memang cik zira kena beli yang lubang tu jek. senang pakai terus klip. cik zira minta tolong buah hati jual yang klip belakang tu tukar dengan lubang kecik je tu. senang pakai. lagi murah dari yang klip belakang. harap-harap dapatlah. Amin.






terima kasih ye suamiku.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 disember 2011 9.20 p.m.

Thursday, November 17, 2011

Selamat Hari Lahir Buah Hatiku





hari ni hari khamis, 17 November 2011






hari ini hari lahir buah hati cik zira ke 25. kesian cik zira dapat buah hati yang muda 8 bulan dari cik zira. takpe, bukan orang tahu pun kan kalau cik zira tak bagi tahu.






jadi, nak ucap SELAMAT HARI LAHIR ye buah hati. tahun depan sambut sesama ea. hadiah nanti ye, postpone dulu. gaji lum masuk,, ngee






Mac lepas cik zira dapat hadiah penimbang berat jenama tanita buah hati hadiahkan masa hari lahir ke 25 cik zira. itu pun bagi awal. tak dapat sambut sesama jugak. maklumlah hubungan jarak jauh, adatlah tarikh penting berjauhan. 







Buah hatiku,
semoga panjang umur, murah rezekimu dan semoga menjadi yang terbaik, selalu untuk diriku. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 16 november 2011 8.50 p.m.

Friday, November 4, 2011

boleh sakit jantung





cik zira adalah akan sangat seram dan boleh kena serangan sakit jantung bila naik kereta bersama dengan buah hati cik zira terutama untuk perjalanan yang jauh. serius tak tipu.






dia merupakan seorang pemandu yang betul-betul boleh buatkan penumpang sakit jantung dengan cara pemanduannya. dan penumpang itu ialah cik zira sendiri. kalau jenis bawa laju itu takpelah, dah biasa, cuma caranya agak merbahaya dan memang kecut perut lah pendek katanya,,, huhu






dan baru-baru ni, perjalanan dari KL ke penang mahupun dari penang ke simpang pulai masa tu hujan lebat sangat sampaikan memang dah tak nampak apa dah. kalau cik zira dah amek lane paling kiri dan bawa memang lah slow habis. tapi bukan untuk encik buah hati, dia boleh tak pasang lampu, boleh nampak dan masih boleh speeding. bayangkan orang lain dah tak nampak apa dah,, huhu


kalau ikutkan, memang tak nampak apa dah masa tu, 
lampu kereta depan pun samar-samar sebenarnya





serius naik dengan dia cik zira banyak mengucap panjang. takut yang amat. doa banyak-banyak supaya perangai dia yang ini boleh diubah. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 3 november 2011 10.08 p.m.

Monday, October 31, 2011

setelah 5 bulan tidak berjumpa





kali terakhir jumpa pada awal bulan Jun,






Jun, Julai, Ogos, September & Oktober






barulah dapat berjumpa semula, 






setelah 5 bulan tidak berjumpa






inilah gambar bersama, dan satu-satunya gamba bersama untuk bulan oktober





takpe, disember nanti amek gamba banyak-banyak pulak,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 oktober 2011 8.04 a.m.

Tuesday, September 20, 2011

macam mana boleh terlupa cik zira?





.18 september 2010 - 18 september 2011.





genap 1 tahun.





tapi, 18 haribulan hari tuh, 2 hari yang lepas, cik zira boleh terlupa langsung dah setahun. apelah kan, teruk betul!






padahal kan, dah tulis dalam diari, dah set dekat phone, boleh jugak tak teringat langsung sedangkan beberapa hari sebelum tuh memang dah ingat.






yang lagi best, encik buah hati yang pada mulanya ingat pun, tapi disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, dia pun jadi sama terlupa.






orang lain cukup setahun je siap pergi makan sama-sama, siap ada hadiah bagai, tapi kitorang 2-2 boleh terlupa. aduhai






harap-harap nanti bila dah bersama, tak nak lupa macam ni lagi bila tiba ulangtahun kitorang nanti. tak nak dah!






p/s bila bagi tahu encik buah hati, dia pun gelak jek. memang patutlah duk jauh-jauh, kalau duduk dekat pun tak ingat, memang saja cari nahas,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 19 september 2011 9.15 p.m.

Wednesday, August 3, 2011

mine and hers





kenalkan ye semua,



pertunangan BFF - 2 Mei 2010





yang belah kanan berkemeja hitam yang sengih muka comel siap angkat tangan tunjuk tanda bagus itu ialah Encik Eddy, selaku tunang BFF cik zira. encik eddy ni merangkap kawan cik zira jugaklah.







yang belah kiri berkemeja putih yang tak reti sengih sebab kepanasan masa amek gamba itu ialah Encik Buah Hati aka Khalis, tunang cik zira,,, =)






Insya Allah, bulan 10 nanti, BFF dan Encik Eddy dulu bergelar suami isteri dan akan disusuli oleh cik zira dan encik buah hati disember nanti. Amin.







tahun 2012 nanti, dah tak panggil tunang dah, dah up status baru,,, ^____*






oh, gambar penutup mestilah ada gambar kami, si BFF.


18 september 2010 - pertunangan si MERAH





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 1 ogos 2011 10.50 p.m.

Wednesday, May 11, 2011

dua bulan lebih





dulu, lama dulu...
hati kosong







kemudian, hati terbuka dan terisi
selalu bersama
tapi, perlu terima hakikat, berjauhan
keseorangan sendirian,,






tidak mengapa
perlu terima semuanya
ada masa pasti berjumpa,, =)








******************



ececeh
bermadah pujangga plak cik zira di petang hari ni,, hehe






takdelah, sebenarnya cuma nak bagi tahu, kali terakhir cik zira berjumpa dengan buah hati cik zira tu masa cuti bulan tiga yang lepas. dah lama sangat dah sampai ke hari ni tak jumpa-jumpa. masing-masing sibuk dengan kerja.






takpe, tunggu cuti yang nak tiba ni akan jumpa lagi untuk setelkan keja mana yang patut.






kiranya, kalau kitorang jumpa cuti nanti, 2 bulan lebihlah cik zira tak tengok buah hati cik zira tu.






nak buat macam mana, macam lirik lagu kekanda adinda tu,




"kanda polar kutub utara, dinda kutub selatan"






memang kena sangatlah lagu tu dengan kisah cik zira. patutlah jadi ringtone,, ;)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 11 mei 2011 9.25 a.m.

Tuesday, March 22, 2011

buah hati dah bagi hadiah birthday





birthday cik zira 27 Mac ini, 25 tahun. 






banyak jugak hadiah cik zira dah dapat. mula-mula dapat hadiah dari bonus link, lepas tuh dapat hadiah dari Dominos Pizza, lepas tuh hadiah dari Majalah GLAM, bik hanifah hadiahkan t shirt esprit.






buah hati pun kira wajib lah kena bagi hadiah kat cik zira,, hehe






cik zira awal-awal tanya dia, dah ada ke hadiah nak bagi. kengkononlah dia tak tahu nak bagi apa, jadi cik zira tanyalah. dia pun kata kenapa, ada nak apa-apa ke.






cik zira pun apa lagi, terus bagi tahu, "kalau nak bagi hadiah birthday yang cik zira memang akan guna, bagi je penimbang. yelah, daripada habiskan 20 sen setiap kali nampak mesin penimbang, baik ada penimbang sendiri."






jadinya, buah hati pun setuju nak hadiahkan cik zira penimbang. cik zira pun suka banget!






yelah, daripada bagi benda-benda yang cik zira dah ada, baik bagi benda yang cik zira belum ada lagi dan boleh guna setiap hari.






jadi, masa gi Penang hari tu, buah hati pun belikanlah cik zira penimbang tu. beli dekat Kedai alat kesihatan dekat Gurney Plaza. buah hati nak cari yang boleh pakai lama dan berkualiti. orang kedai tu cadangkan beli yang solar sebab kalau pakai bateri memang tak tahan lama, lepas tuh kalau yang biasa tu pun cepat rosak.






jadinya, beli lah yang solar jenama TANITA yang eco living tu. tak payah pakai bateri, cuma kena letak bawah cahaya. harga dia RM 245, takde less.






cuba naik atas penimbang tu. naik-naik je cik zira amat terkejut sebab berat 56 kg! ayok, mana pernah sampai 56 lagi lepas dah maintain berat ni. memang terkejut sangat. last timbang beberapa hari sebelum tuh masih 53-54 macam tuh. tapi memang cik zira akui makan banyak pun sejak kebelakangan ini. bukan makan banyak lagi dah sebenarnya, macam dah mentekedarah dah rasanya. 





naik 2-3 kali tak puas hati. tapi tetap, 56 kg. buah hati naik berat dia memang sama, 73 kg sama dia timbang dengan mesin.






terus rasa down. terus rasa tanak makan apa-apa dah walaupun beberapa jam sebelum itu baru lepas makan ayam goreng spicy McD.






tak puas hati, lepas beli penimbang tu, tetap nak cari mesin penimbang 20 sen tu jugak nak timbang berat. tapi tak jumpa.






masa kat JB, cik zira timbang pakai mesin, berat 53.5 macam tuh. timbang ni tak accuratelah. kejap naik berat lain, kejap naik berat lain plak. mana satu entah betul berat cik zira ni. dah kalau macam gini gayanya, masih kena timbang pakai mesin 20 sen tu lah,, hehe






apa-apa pun, TERIMA KASIH BUAH HATIKU sebab belikan cik zira penimbang ni sebagai hadiah birthday. terima kasih ye buah hati!






em, kalau tahun lepas, 2010, cik zira hadiahkan diri sendiri DSLR, tahun ini mesti ada hadiah untuk diri sendiri jugak. nak tahu apa tak? tunggu lah kalau barangnya dah sampai. nanti cik zira bagi tahu k.






lagi beberapa hari je lagi cik zira nak 25 tahun ni. kejap je kan dah masuk 25. nak tunggu bulan 12 tu yang tak sabar,, hehe







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 mac 2011 2.03 p.m.

Monday, February 28, 2011

setahun sudah.





sudah setahun rupanya cik zira dan buah hati cik zira tu.



encik buah hati


 buah hati encik buah hati yang tersenyum bukan main lebar,, =)





rasa macam sekejap je. tahun lepas kenal, tahun ni dah setahun dah.






semoga kekal sampai bila-bila. AMIN.






ada orang lagi bertahun-tahun kan. cik zira yang baru setahun ni pun rasa macam syukur sangat. 






tapi kan...







kenapa nak tunggu bulan 12 nanti rasa macam lama sangat plak ye? ngee






sabar cik zira sabar. insya Allah, semuanya berjalan lancar. AMIN.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 februari 2011 4.30 p.m.

Tuesday, February 22, 2011

buat sementara waktu,





mulai semalam, cik zira pergi sekolah hari-hari ditemani kereta buah hati. buah hati pinjamkan kereta dia sementara nak tunggu kereta bik moi masuk bengkel tak siap-siap lagi. entah bila ntah nak siap,, huhu


ada kereta cikgu lain parking sebelah kereta buah hati. 
plat number pun sama. 2-2 kereta penang mai,, =)




selalu kalau dekat Penang, jalan-jalan dengan buah hati nek kereta tu, tapi buat sementara waktu ni, pergi balik sekolah ditemani kereta itu. 






jauh sebenarnya kereta tu dah jalan. umah abah pun dah pergi, sampai ke sini pun dah. siap temankan cik zira pergi balik sekolah lagi tau. banyak jasa kereta ni.






hari-hari doa semoga perjalanan cik zira pergi dan balik sekolah lalu highway pasir gudang tu selamat. hari tu accident pun orang yang langgar. harap-harap lepas ni dah tak terlibat dah dengan kemalangan. memang menyusahkan sangat bila kereta masuk bengkel. rasa macam patah kaki je. nasib baik tokcik bagi pinjam kereta dia seminggu dan buah hati bagi pinjam kereta dia sampai kereta bik moi siap.






kena rajin kol cina yang buatkan kereta ni. kalau tak memang dia buat lambat-lambat. minta tolong chenta hati 1 dengan buah hati kol kan gertak sikit sebab cik zira tak reti. kang cakap semuanya ok je cik zira ni,,






harap-harap dapat siap sebelum cuti bulan 3 nanti. AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 22 februari 2011 8.01 a.m.

Monday, February 21, 2011

bantuan selamat tiba dan selamat pulang





salam sayang buat semuanya,





hari ini sudah hari isnin, minggu terakhir dalam bulan Februari. banyak kerja yang perlu diselesaikan,, huhu






hari ni pergi sekolah dengan kereta pinjam yang kedua. kalau minggu lepas pinjam kereta viva tokcik, minggu ni dan sehinggalah kereta bik moi siap, pinjam kereta buah hati pulak.






buah hati cik zira sampai jb semalam pukul 5 petang. bas dia balik malam tadi patutnya pukul 9.30 tapi jalan pukul 10.30. sejam lewat. bas-bas kat larkin ni memang selalu buat perangai. susah betul nak jalan tepat pada waktunya. banyak kali dah terkena. kalau bas kat sg nibong tu selama cik zira belajar dekat penang, tak pernah pulak lambat, memang on time terus jalan. bas-bas dekat larkin ni kena buat sesuatu lah.






terima kasih kepada buat hati cik zira yang kepenatan seharian semalam bawa kereta hantar kat cik zira. malam semalam jugak balik. pagi ni awal-awal pagi sampai pukul 6 tadi turun bas, siap-siap dia terus pergi kerja. 










muka happy si MERAH walaupun dapat berjumpa dengan buah hati sekejap sahaja,, =)












dapatlah cik zira pergi kerja hari ni dan untuk hari-hari seterusnya dengan berbekalkan bantuan doraemon cik zira dari Penang nun.






kereta bik moi masuk bengkel tak tahu bila nak siapnya. sabar jelah. nak kena selalu dan rajin kol tanya tanya bagi dorang buat cepat.






oh, semalam tokcik salleh kol, dia kata gamba cik zira masuk paper mingguan malaysia. yelah, kan sabtu tu cik zira cerita, ada Perasmian Program NILAM dan Gedung Bacaan kat sekolah cik zira dekat ENTRY INI, hari ahad terus masuk paper. pantas sungguh lah! cik zira pun tak tengok lagi papernya. tak beli pun mingguan malaysia semalam. nanti minta kat tokcik lah,, nak tengok cik zira dalam paper yang MERAH-MERAH tu,, ngee






hari ni kena siapkan kerja banyak sebelum pergi sekolah karang. hari ni isnin, puasa macam biasa.




ok semua. semoga minggu ni memberi lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan kepada kita semua k. AMIN,,







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 februari 2011 8.00 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails