salam hujung minggu dan salam sayang buat semuanya,
hari ini hari ahad dah, habis dah seminggu, esok isnin masuk minggu baru semula
semalam, sabtu 19 februari, cik zira kan sekolah sebab ganti cuti chinese new year hari tu. cik zira keluar rumah pukul 10 pagi. sampai sekolah pukul 10.20 macam tu. Majlis NILAM tu mula pukul 11.15 macam tu. lama juga nak kena tunggu. nasib baik tak lama, kejap je.
cik zira kan kena mengacarakan majlis ringkas tu. jadi, teks pun tulis pakai tangan jela.
selesai di dewan, terus sesi bergambar dengan wartawan Utusan. masuk paper hari apa pun tak tahulah. entah ada ke tidak muka cik zira terselit,, hehe
budak-budak bukan main suka bila cakap masuk paper. nak glemer memang cukup suka. suruh belajar memang nombor satu dari belakang,, isyh-isyh.
masa nyanyian Lagu NILAM, budak-budak darjah 4 tu memang semangatlah. lepas tu cikgu-cikgu kata memang kalau suruh nyanyi pandai sangat. tu memang dorang suka,, ;)
Utusan Malaysia menaja sekolah cik zira untuk sudut gedung bacaan. dorang taja majalah dan segala bahan bacaan keluaran utusan. cik zira pun sempatlah juga duduk dekat gedung bacaan tu baca majalah yang ada. best jugak. yelah, kalau nak beli sendiri, tak mampulah. majalah sekarang semua dah mahal-mahal. tak macam dulu, memang rajin tiap-tiap bulan mesti beli
habis program, dapat makan nasi percuma. lauk best-best. cik zira pun makan memang banyak lah. adatlah kan, jamuan free. siapa tak makan rugilah,, hehe
pukul 1 mengajar macam biasa. pukul 7.15 malam semalam sampai rumah. sampai rumah pun makan kuey teow goreng dulu sebab lapa sangat,,
kereta tokcik aza dah pulangkan malam tadi dah. sekarang kena tunggu doraemon cik zira sampai,, =)
itulah kisah cik zira semalam. hari ni pukul 8 dah start tusyen. tusyen sampai 12.30. lepas zohor akan ke angsana dengan sepupu cik zira, qiela. dia yang bawa cik zira sebab cik zira takde kereta lagi. tengoklah kemeriahan pesona pengantin dekat angsana tu nanti.
yelah, seminggu ni kerja tak berhenti. apa kata ke angsana sekejap untuk tengok-tengok dan survey-survey.
baiklah semua. selamat berhujung minggu ye. jaga diri tau.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 februari 2011 7.55 a.m.
No comments:
Post a Comment