SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 9, 2009

gaya cik zira ke kenduri kawen


masa untuk pemberian tips pula
terasa lama plak tak memberi tips dari cik zira sendiri,,


korang suka gi kenduri kawen tak?
jangan tanya cik zira la sbb cik zira mmg sangat suka dan pantang dijemput mmg nak pergi kecuali ada aral melintang,,


dan bagi cik zira, time gi kenduri kawenla cik zira akan melaram sbb bukan selalu kan,,
dan kalo kenduri kawen kawan2, bergambo tuh kan wajib, sbb tuh wajib pakai lawo2,,


kalo cik zira la, time kenduri kawen la time utk melaram sakan, berbaju, bertudung cantik2, make up sket2,,
walaupon hanya sekejap gi kenduri tuh, melaram itu pasti!


oleh itu, bersempena cuti sekolah ni, mesti korang dapat banyak jemputan kawen kan?
mesti korang buka almari tgk nak pakai baju ape kan?
kalo dah tiap2 minggu ade kenduri kena pergi, mahu pening jugak kepala nak pakai baju ape kan??


bagi mereka yang banyak baju takpela, mungkin itu tak menjadi masalah tp kdg2 bila da banyak baju sangat pon, payah gak, terkebil2 nak pakai yang mana 1,,
takpe, entry ni cik zira nak try bg tips mudah macam mana nak bergaya ke kenduri kawen,,

  1. kalo baju korang dah tersangat2 vogue kan, kurangkanlah berhias sangat kat aksesori sbb takut nampak sarat sangat,, pakai aksesori simple2 jek, cincin sket ke, rantai yg simple2 k,,
  2. kalo baju dah ngelip2 dan banyak corak, korang pakaila tudung yg plain supaya takdelah tudung ngan baju tuh bergado2 nak tunjuk sape lagi cantik dah kalo 2-2 nak corak kan,,hee,, tapi walaupon tudung korang plain, pastikan gaya yang korang pakai tuh menarik perhatian la kan,, kenakan gaya pemakaian tudung tuh supaya nampak sesuai dengan baju dan sesuai dengan penampilan korang ye
  3. dan jika baju korang plain dan nampak tersangat simple, ni la masa korang nak melaram dan berhias dengan aksesori dan lebihkan pada bahagian tudung,, pilih tudung yang akan menaikkan penampilan korang walaupon baju korang simple,,
  4. selalunya, kalo cik zira pakai baju kurung, cik zira akan lebihkan pada pemakaian tudung sbb baju kurung selalu yang simple2 jek kan, dan bila baju cik zira tak berapa nak simple, tudung tuh plak cik zira pakai yg biasa2 jek tp ttp nampak cantik,,
  5. ha, ni penting, kalo korang pergi kenduri yang korang akan konpem masuk2 bilik pengantin kan, janganla gatal nak pakai sandal ke kasut ke yang kena ikat2 tali tuh, payah tau, cik zira da penah gatal pakai sandal cenggitu, penyudahnya, menyusahkan diri sendiri,, pakai sandal yang takde tali kat belakang yg senang korang nak kuar masuk uma,,
  6. bercakap pasal kasut kan, ramai yg lebih suka pakai sandal sahaja tp ttp nampak cantik dan sepadan dengan baju yang dipakai,, sekarang kan da macam2 sandal yang ade, pilih jek, dan nak senang beli jek sandal yg matching dengan mana2 baju, senang, bila time nak gi kenduri, sarung jek sandal tuh,, lagipon selalunya, org akan tgk baju tudung sume, kasut tuh tak berapa nak tgk sangat,,hee

pendek kata la kan, malas nak menaip panjang2, mahu solat maghrib,,hee
cik zira wat kesimpulan tersimpul k, korang kena pandai2la k, kalo baju da glemer, tudung tuh simple2 sudah tapi cara pakai tuh nampakkan ia unik sbb bila tudung tuh tudung biasa, tp bila korang pandai gayakan dia, nampak lain dan cantik, akan wat org tertengok2, macam mana dia pakai tudung tuh,, ha, betul, cubalah,,

dan kalo baju tuh simple, tudung tuh biar yang glemer2 plak,

senang kata, baju dan tudung saling melengkapi la kan, tanakla 2-2 glemer sampai org tgk pon tak tahu nk tgk yg mana 1, tudung ke baju, pastikan padanan baju dan tudung yang sesuai

pastu kan, make up tuh, biarlah yang sesuai dengan majlis k
buat yg da terer make up tuh cik zira tak kisah, tp yg macam selalu make up over2 tuh, org nak tgk pon cam takut, yela kan, biarlah yg simple2 sbb kenduri kawen tuh pengantin yg patut glemer kan, pandai2la ye,,hee


dalam entry ni cik zira sertakan beberapa gaya cik zira ke kenduri kawen dan mengikut tips2 yang diberikan,,
di bawah setiap gambo pon cik zira sertakan tips jugak mana tahu korang leh ikut kan,,


gaya 1 : baju plain merah yg simple hanya manik2 di bahagian bawah baju, tangan dan leher, cik zira padankan dengan kain labuh wane itam dan tudung selendang gabungan warna merah hitam dan putih bersama anak tudung syria,, sedikit make up di muka, penampilan simple tp sesuai jek nak bawa ke kenduri,, masa ni gi kenduri anak sedara mami, talia,,
gaya 2 : time ni ade sedara kawen, cik zira pakai baju kurung moden lama arwah mak, baju simple, jarang dan dipakai dengan inner, pastu pakai dengan kain labuh hitam jugak, padankan dengan shawl krim bersama gabungan 2 anak tdg syria,, juga simple sbb kenduri di rumah sahaja dan ramai sanak sedara,, tak payah nak sarat sangat,,
gaya 3 : kenduri kawen trex di terengganu, cik zira pakai baju kurung pahang lip lap2, cik zira padankan dengan shawl krim dan macam biasalah gabungkan dengan anak tudung syria,,
gaya 4 : ni bukan kenduri kawen, tp boleh jek nak tampil begini ke kenduri kawen ye,, kebaya nyonya arwah mak cik zira padankan dengan shawl corak dan gayakan lain sedikit dari gamba yg atas2 tuh,, ttp nampak simple tp masih boleh dibawa pergi kenduri kan
gaya 5 : ni mmg tak janji pon dengan pengantin nak pakai biru, dah sama dengan pelamin da,, cik zira mmg suka kebaya biru ni, tp time ni cik zira padankan dengan seluar hitam besar macam skirt labuh tuh dan pakai dengan tudung petak biasa ttp cara pakai tuh cik zira ikat riben, nampak cam klako kan, tp hantam jela, asal nampak lain,,hee
gaya 6 : kebaya jugak, pakai dengan shawl,, merah je kan tp takpe, cik zira suka begini,,hehe,, dan anak tudung syria tuh cik zira selitkan wane kelabu sket supaya takdela nampak terlalu merah padahal mmg nampak merah,,haha
gaya 7 : kebaya pendek hitam dan ade sulam2 ni cik zira padankan dengan suar hitam beso ala2 skirt panjang tuh, cik zira pakai dengan tudung syria hijau bercorak dan masukkan dalam inner, selalu kan org masuk dalam baju, tp cik zira wat len sket, masukkan dalam inner,, pakai kebaya bila tudung masuk dalam baju tuh nampak cam kemas sket,,
gaya 8 : kebaya lagi tp bukan dengan kain batik tp dengan kain labuh wane hitam,, tudung yg sama seperti di atas tp cik zira pakai 2 anak tudung berbeza warna supaya nampak naik sket di bahagian tudung tuh,,
gaya 9 : ini dress kesayangan dan dah bape kali ditayang dalam blog ni, tak mengapa, nama pon dah kesayangan,,hee, cik zira pakai dress ni dan padankan dengan tudung ariani hitam,, dan kalo selalu org pakai brooch kecik jek dekat tudung bahagian leher tuh, tp kali ni cik zira pakai dengan brroch gedabak beso, bentuk rama2 wane merah supaya menaikkan lagi seri tudung yg hitam simple itu,,



ingatan ye, cik zira bukan artis glemer yang menjadi ikutan ramai, hanyalah seorang insan biasa yang gemar bergaya dan mengubah penampilan diri di khalayak ramai supaya tidak nampak sama jek setiap waktu, dan biar org kata, org bertudung pon boleh bergaya, idakla kolot semata,,
kan kan


harap entry kali ni berguna buat sesiapa ye, maklumlah kenduri kawen time cuti sekolah ni banyak kan,,


selamat berkenduri ye sume,,
pakai cantik2 tau,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 9 disember 2009 7.25 p.m.

7 comments:

Azureen Azlan said...

oh. suka entry ni sbb ween mmg xbyk baju utk dilaram ke kenduri kahwin. huu. boleh pelbagaikan mengikut tips cik zira :) thanks for sharing! btw. gaya no.7 sgt gorgeous!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ween ni, kamo kan pandai bergaya,,
suka tgk gaya kamo tau,,

btw, thanx for the comment k,,=)

Lyaa Suriany said...

kite suke semua gaya2 tu......
hehe
mabelessssssssss gitu

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kamo mmg lya,,
kt pon suka sume gaya kamo,,=)

5zal said...
This comment has been removed by the author.
Yap Dai Lin said...

assalamualaikum,nampaknya zira ni gemar berkebaya,melihat kesemua foto dia ni,mmg manis & anggun penampilannya......

Yap Dai Lin said...

Assalamualaikum zira......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails