hidup ini perlukan teman, teman yang sentiasa berada saat susah dan senang,,
walaupon anda jenis yang pendiam dan tidak ramai kawan tapi anda tetap perlukan kehidupan anda bersama kawan2,,
sepanjang kehidupan korang, cik zira percaya dah bermacam jenis kawan yang korang jumpa,
ada yang baik, betul2 baik, ada yang jenis suka amek kesempatan, ada yang kawan makan kawan,,
macam2 kan?
tapi pokok pangkalnya, kalo korang nak kawan baik dengan korang, korang kena la buat baik dengan kawan2 korang,,
tp kalo ada jenis yang buat baik, tp asek kena pijak kepala tuh, tak boleh nak kata ape la,
yang terbaik adalah, nak buat baik boleh, tapi berpada2, janganlah baik sangat sampai orang pijak kepala k,, pandai2lah nak idop yew,,
okeh, entry kali ni, ape kata kita mengenang kembali kawan2 yang kita semua ada, kenang jasa dan pengorbanan mereka pada kita walaupon tak banyak, mereka tetap bernama sahabat,,
walaupon mereka berbuat jahat pada kt, mereka ttp sahabat tetapi bukan seorang sahabat yang baik,,
okeh, mari kita lihat, kawan yang macam mana yang kita cari??
- kawan baik sehati sejiwa , jenis yang sentiasa pergi ke mana bersama2, dah macam belangkas, kira BFF la senang kata, susah senang bersama, mmg sampai bila2 akan jadi kawan baik
- kawan yang baik tetapi bukan yang rapat, tapi bila korang ada masalah, korang akan cari dia sbb korang tahu, dia pasti akan tolong korang,,
- kawan yang boleh dibuat berborak sahaja, bercerita atau dalam kumpulan yang ramai, bukan yang rapat berdua sahaja, kiranya kawan yang jenis korang leh rapat dengan dia bila ade geng2 lain,,
- kawan yang selalu ambil berat pasal korang, kalo korang sedih sket jek, dia mesti tanya korang ok ke tak, sangat2 amek berat pasal korang sampaikan demam sket jek, da kelam kabut tanya da pergi klinik ke belum, da makan ubat ke belum
- kawan yang berkongsi kesukaan, maksudnya, hobi yang sama, kalo korang suka sopin, dia pon suka, kalo korang suka makan, dia pon suka jugak, pendek kata, ape yg korang suka, dia pon akan suka dan korang senang berkawan dengan orang macam gini yang sama kepala dengan korang
- kawan yang kawan dengan korang dengan niat ikhlas, takde nak amek2 kesempatan, katakanla korang ni pemes kat tempat blajo korang tuh, so member ni pon kawan dengan korang sebab nak tumpang glemer korang,, eh, ade tau jenis kawan macam ni,,
- kawan yang kawan dengan korang sebab nak minta tolong,, ade jugak yang mmg kawan korang, tp tak rapat mana pon, dia akan cari korang time dia terdesak nak minta tlg jek, kalo takde nak ape2 pertolongan, mmg takkan nampak pon batang idong dia,,
- kawan baik yang akan support korang time korang susah, maksudnye, bila korang ada masalah pape, korang jumpa dia minta pandangan, dia akan bagi korang semangat dan semangat dia tuhla yang membuatkan korang bangun dan bangkit dan jadi orang yang kuat dan tidak mudah patah semangat, kawan macam gini sebenarnya dah kira cam pemangkin semangat korangla sbb korang tahu, ape yang korang buat, dia akan support dari belakang
- kawan yang jenis kedekut masya Allah, sangat2 berkira dengan kawan2, walaupon hanya seposen dua,, setakat blanje kawan sket2 pon tanak, lepas tuh, bila orang len blanje dia bukan men suka,, eh, masalah tau kalo dapat kawan macam gini, bila nak kuar jalan2 makan2, sangat berkira, tak syok kan?
- kawan yang menyayangi dan menerima anda seadanya, dia sayangkan korang macam korang sayangkan dia, kiranya hidup korang tak lengkap la kalo dia takde, dia dah kenal femly korang dan korang pon da rapat dengan femly dia,, macam BFF jugakla,,hee
so, kawan jenis yang macam mana yang kita cari??
cik zira percaya, banyak lagi jenis kawan yang korang dah penah jumpa kan?
dan korang pulak dari kategori yang mana sebagai seorang sahabat?
hidup mmg perlukan teman sebagai peneman dan kadangkala sebagai pelengkap hidup ini,,
kawan mmg senang nak cari dan korang pon mesti ramai kawan, cik zira pon
tp kawan yang betul2 baik dan rapat tu lah yang susah nak cari kan? setuju tak dengan cik zira?
tp alhamdulillah, cik zira bersyukur dikurniakan Tuhan ramai kawan, cik zira ade BFF cik zira, cik zira ade kawan2 maktab cik zira dan ramai lagi kawan2 lain yg cik zira percaya ikhlas nak berkawan dengan cik zira
dan di kesempatan ini juga, cik zira nak berterima kasih kepada semua kawan2 cik zira yang sudi nak berkawan dengan cik zira dari dulu sampailah sekarang,,
cik zira sayang korang sume,,
**teman bloggers pon sahabat jugak kan,,=)
No comments:
Post a Comment