SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 4, 2009

Kisah Baby


alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah sebab abang ai dan kak jun da selamat dapat baby dorang,,
kan cik zira penah post entry kak jun kena operation 11hb kan? tp tadi sebab ade komplikasi, da kena kuarkan baby cepat,,
dan baby pon selamat dilahirkan petang tadi,,


baby lelaki,,
cik zira, chenta hati 1 ngan bik ani pergi tgk kat hospital tadi,,
kak jun baru sedar sbb dia bius sume,, sian dia, dia cakap dia sakit,,


wahai kaum suami, sayangilah isteri anda, kerana melahirkan anak bukan senang k wahai suami2,, hargailah isteri anda, sayangilah isteri anda,,
ceh, bersyarah la plak,,
ini kenyataan okeh,,


kak jun sangat lemah, dia macam tak sedar sepenuhnya lagi, dia mamai2 lagik,,
sian kak jun, tp takpe, sume da selamat, cuma kak jun kena berpantang,,


baby sangat comel tau
putih, kening dia perang,, tak sabo nak tgk dia lagi nanti,,


tadi cik zira bisik kat tinge dia,,

"assalamualaikum baby,, welcome to the world,,baby sejuk ea? baby comel la,,nanti kt jumpa lagi k,,baby jangan nakal2 tau.."


cik zira sangat suka baby okeh, da 2 kali jaga baby dalam pantang ye, mandikan sume,,
sangat suka dengan baby,,
dan baby itu merangkap anak sedara cik zira itu akan cik zira sayang macam baby2 lain,,
harusla kan, cik zira makcik sulong dia tau,, hee


lepas tuh masa kat spital tadi, cik zira dengan chenta hati 1 lari sekejap cari periuk tanah, garam ngan asam jawa,, nak basuh tembuni balik uma

abang ai si ayah baby dengan my chenta hati 1 ngah tebuk lubang bawah tembikar tuh,,



nak tahu sape yg basuh tembuni baby itu?
ye, cik zira la orgnye,,
abang ai, bapa si baby dengan chenta hati 1 itu, lelaki2 gagah tidak berani okeh nak basuh, dorang adalah sangat penakut, penakut dgn darah, nak pegang ape tah lagi,,
cik zira offer nak basuh, atok tlg curahkan air, basuh dalam bilik air,,


korang nak tahu tembuni tu macam mana? dia macam daging tau, macam hati daging yg lembik2 tuh, lepas tuh ade tali pusat,,
masa buka dari plastik, tersangatla banyak darah pekat mengalir,,
seb bek la cik zira ni bukan penakut orgnye,,
dulu masa mama abang ai, arwah mama sakit kat spital pon cik zira jaga, yelah, keluarga kan keutamaan, selagi mampu tlg, tlgla, mana tahu time cik zira ssh, minta2 ade org nak tlg jugak,,insya Allah,,


lama jugak tau nak basuh tembuni tuh, darah sangat banyak, basuh dengan garam dengan asam jawa,,kena basuh sampai bersih, hilangkan sume darah,,
pegang jek tembuni ngan tali pusat tuh rasa cam kagum plak, ciptaan Allah yang Esa,,

tembuni yang selesai dibasuh oleh cik zira dibantu oleh atok yang berpengalaman,,=)



selesai basuh sume, masukkan tembuni tuh dalam kain putih dan masuk kan dalam tembikar tuh,,


hee, sangat suka sebab dapat pengalaman basuh tembuni baby, ade yg takut, mmg tak sanggup okeh nak basuh tembuni,,
chenta hati 1 mmg penakut, dia tak boleh tgk darah, td tgk sket pon dia da pitam, abang ai pon takleh tgk,,

chenta hati 1 menggali lubang bawah uma, atok tlg tgkkan,,



ktrg pon menanam la tembuni baby tuh kat bawah uma sbb ktrg cucu2 banyak tembuni di tanam di bawah uma atok tuh, termasukla cucu kesayangan ni, cik zira la, sape lagik,,hee
chenta hati 1 da galikan lubang dan dia pon tolong kambuskan,,


mak, anak2 mak berjasa tau, ktrg akan tlg keluarga semampu ktrg, ktrg da beso mak, mak mesti bangga kan mak?
buat yg tak tahu lagi, cik zira da takde mak k, dah meninggal,,sbb tuh kdg2 dalam entry cik zira akan selit2 jugak pasal arwah mak k,,


sory, selingan jap ye,,=)


tanam tuh, abang ai pakai songkok, chenta hati 1 pakai kopiah,,
dahla gelap bawa umah tuh, pakai lilin jek,,


tembuni yang telah selamat ditanam bawah rumah atok, ade lilin bagi tak gelap tembuni tuh,,



selamat da sumenye,,
semoga baby akan membeso dengan solehnya,,


tadi atok cakap,
"nanti anak ai ikut jira, jira yang basuhkan tembuni dia,,"


hee, bangga sekejap,,
atok cakap lagik,
"jira ni boleh jadi doktor, cucu2 laki atok sume penakut,,"


bangga lagi sekali,,
ye, cucu perempuan sulong kesayangan atok ni mmg berani,,cewah!


kalo suh jagakan anak abang ai tuh pon cik zira sanggup, mmg sangat suka jaga baby
mandikan sume, belai, tdokan,,
ee, teringat kenangan jaga mayam tonet,,
rindu plak, tadi da dapat cakap ngan mayam tonet dalam tepon,,hee


cik zira bawa kamera gi spital tau korang, pastu boleh plak takde bateri sbb bateri tengah charge,,
sengal tak? nak tangkap gamba spital tempat kelahiran cik zira tuh boleh takde bateri,, salahkan diri sendiri yg sudah nyanyuk,,hoho


maka tak dapatla snap gamba baby yang comel itu
nanti cik zira snap k anak sedara cik zira merangkap cicit atok tuh,,



tadi borak2 ngan chenta hati 1 tau, tanya anak abang ai nak panggil ktrg ape
ktrg da sepakat da


baby tuh panggil cik zira, cik ra, panggil chenta hati 1 cik ri, panggil chenta hati 1 cik yap,,hee
wah, kami sudah ada anak sedarala,,
sangat seronok tau,,


nanti bila da snap gamba baby comel itu, cik zira tunjuk kat korang tau,,


maafla ye, cik zira bila bercakap pasal baby mmg sangat excited yang malampau2,,hee





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 4 disember 2009 8.45 p.m.

3 comments:

Sharinginfoz said...

singgah jap, click klia... kalau free nak mintak tolong isi survey.. thanks...

http://sharinginfoz.blogspot.com/2009/12/jom-survey-nuffnang.html

'AQILAH said...

macam takut je dengan tembuni tu..

mahu tengok baby comel..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kena orang berani okeh,,
darah sangat banyak,,

okeh2, t kt tunjuk gamba baby comel kat sini,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails