masih mood micro teaching sana sini
memandangkan ktrg skang ngah hempas pulas ye nak habiskan micro teaching
esok giliran cik zira dan cik zira the first presenter for tomorrow
harap sume berjalan lancar
tadi sempat 3 org present
dan macam biasalah, ktrg kena berlakon jadi budak skola rendah
jap jadi dajah 1 la, jap jadi dajah 3 la, lepas tu dajah 2 plak
yang penting, ktrg sume mmg suka dan pandai berlakon
cik zira mmg excited bab berlakon jadi budak2 ni, sampaikan lecturer, Pn Mariah pon tego,
"u seem really enjoy being a kid right zira?"
cik zira hanya mengangguk dan tersenyum,,
alangkah indahnya kalo dapat kembali semula ke sekolah dan mendapat guru bahasa inggeris yang seronok macam apa yg ktrg cuba lakukan sekarang ni
mesti tiap2 kalo teacher masuk kelas rasa teruja jek,,
macam tadi, yang present, Li Shin, Amalina dan Marzaizah
sungguh simple tetapi menarik pengajaran yang dorang sampaikan dan cik zira memang enjoy sangat2 menjadi budak2 semula,,
aktiviti sume menarik hati,, memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam pengajaran bukan hanya guru yang menyampaikan semata-mata
dan salah satu aktiviti tadi kena melukis, dan cik zira mmg tak suka dan tak pandai melukis
kena lukis clown tau, nak tengok lukisan badut cik zira?
kelakar kan, tp bila wat aktiviti menarik cenggini la baru budak2 suka dan rasa seronok
agak2, esok turn cik zira dorang seronok tak?
harap2 la, sbb fokus pada kemahiran membaca tetapi ada dimasukkan sekali kemahiran2 lain,,
maafla ye, semenjak dua menjak ni cite2 pasal study cik zira banyak plak diceritakan kat sini
sape yang cikgu tu pahamlah agaknya
yang bukan cikgu pon, cik zira hanya nak tekankan, bukan mudah nak jadi cikgu yang baik,,
dan cik zira dan rakan2 berusaha ke arah menjadi cikgu yang baik itu,,
chaiyok sumenye!

2 comments:
hope zira dpt jd cikgu yg terbaikkk!!
time kasih zana,,=)
Post a Comment