SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 17, 2010

hati berkata

hati perlu tenang untuk sentiasa tersenyum seperti ini,,=)



rabu
17 februari 2010
7.20 pagi
di rumah BFF


hati mahu katakan sesuatu
tangan membantu hati mencoretkan sesuatu itu



ingin mula bicara dan coretan di pagi rabu ini
izinkan diriku,,,



hati berkata
hidup perlukan perubahan, takdelah hari2 asyik benda yang sama sahaja
sebab tuh setiap malam sebelum tdo, selalu doa
"semoga hari esok lebih baik dari hari ini"
dan masih berusaha untuk menjadikan hari2 pinjaman Allah ini lebih baik dari sehari ke sehari
insya Allah


hati berkata
mmg tiada manusia yang sempurna
selalu kagum dan bangga dengan ciptaan Allah
melihat perempuan dan gadis yang cantik2, seolah sempurna dan lengkap hidup mereka bahagia
diri sendiri sangat bersyukur dengan ciptaan Allah semolek2nya diri ini
syukur padaMu Ya Allah
jika diriku ini dijadikanMu seadanya begini, hanya syukur kupanjatkan
tetapi,,
masih ada yang mengutuk dan tidak menghargai ciptaanMu Tuhan
menghina ciptaanMu Ya Allah!
hanya mengucap panjang membaca bait2 kutukan itu
jika benci sekalipon jangan menghina ciptaan Allah
kamo tahu siapa kamo
semua org buat silap dan diri ini juga masih belajar dari kesilapan
terima kasih atas teguran dan diri ini cuba memperbaiki dan harapannya kamo itu menegur dengan cara elok, jangan mengutuk ciptaan Allah
ye, diri ini tidak sempurna, tapi menerima teguran kutukan itu dengan tenang dan berusaha memperbaikinya,,
kamo juga perlu perbaiki bahasa kamo, ingat, jangan sesekali menghina ciptaan Allah yang sebaik2nya,,
tenang wahai hati
setiap perbuatan itu akan ada balasannya, jadi kamo sendiri hazirah, perlu berhati2 mengatur langkah, doa pada Allah agar setiap perbuatan kamo adalah diterimaNya walaupon kamu tidak sempurna kerana tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, hanya pinjaman Allah semata


hati berkata
gembira untuk BFF
tidak dapat dinyatakan kegembiraan itu
tahniah sayangku
akanku doakan dirimu bahagia sampai bila2
hanya yang terbaik kupanjatkan pada Allah agar memberikanmu segala yang terbaik buat dirimu, AMIN
perbualan petang semalam di Old Town White Coffee, benar2 mengingatkan diri ini, hanya kamo BFF terbaikku yang akan kucinta sampai bila2
thanx dEar,, kt akan sentiasa bersama kamu susah dan senang, insya Allah,,
sayang kamo sangat2,,


hati berkata
penat
rasa macam tidak mahu dah berkawan dengan sesiapa
cukuplah hanya ada kawan2 yang ada ini sekarang
tidak mahu menambah beban
bila berkawan, akan ku berusaha untuk menjadikan kawan itu selesa dengan diri ini
tapi jika 'dia' tidak pernah menghargai diri ini sebagai teman
berpisah itu lebih baik
untuk kebaikan dirimu juga
kawan2 ku yang mendatang, tolong faham diri ini
hati ini tidak seperti yang lain
hati ini keras dan sentiasa berdoa Allah makbulkan apa yang dipinta
tidak mengapalah jika hilang kawan sekali lagi dan untuk kesekian kali
sudah biasa, hidup masih sama, begini,,


hati berkata
syukur teramat syukur padaMu Ya Allah
kerana masih meminjamkan kesempatan untukku di dunia ini
ku masih memerlukan belas ihsanmu
menjadi anak terbaik, menjadi kakak terbaik, menjadi anak sedara terbaik, menjadi cucu terbaik, menjadi sahabat dan teman terbaik, menjadi guru terbaik
ku mohon Ya Allah,, berikan kesempatan padaku untuk memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang terbaik dan kebanggaan insan2 yang amat kucintai dan kutahu mereka juga mengasihi diriku
ingin ku balas jasa2 mereka membantu diriku sehingga kini, 23 tahun meniti kehidupan pinjamanMu Ya Allah
terima kasih Ya Allah, syukur alhamdulillah


hati berkata
mak, doakan terbaik untuk anak2mu
untuk rah mak
doakan rah kuat menempuh hari2 pinjaman Allah ini
rah sentiasa rindu mak
kalo rah rindu, rah sedekah Al-Fatihah utk mak, rah doakan mak selalu kat sana
walaupon mak takde dekat ngan rah, rah nak mak tahu, mak selalu dalam hati rah, dalam hati adik2 sebab mak adalah mak terbaik yang rah dan adik2 ada yang takkan ada sape dapat gantikan diri mak
rah sayang mak, adik2 sayang mak sangat2
doakan anak2 mak ye mak
restukan ktrg selalu
Al-Fatihah buat arwah mak tercinta Pn Azizah (190359-180602)
semoga mak sentiasa tenang di sana. di sisiMu Ya Allah


hati berkata
blog merah ini sudah sebahagian jiwa, sebahagian hidup
segalanya akan terluah di sini, dikongsi dengan kamo semua
jika kamo sayangkan belog merah ini, sayangkan tuan belog yang merah ini
pimpinlah diri ini, berilah sekongan buat diri ini
saat bersedih, dikongsi di sini, ramai yang memberi sokongan
terharu, tiada kata lain, hanya terima kasih dapat diberikan
terima kasih kalian semua, kerana masih membaca dan meminjamkan saat2 kalian di blog merah ini
semoga blog ini akan terus hidup sampailah bila2 selagi tuan merah ini masih hidup di dunia pinjaman Allah ini
andai hidup ini dikembalikan untukNya, harapan semoga belog merah ini sentiasa menjadi kenangan buat yang mengenali,,AMIN,,


hati berkata
mahu mencoretkan lagi
tetapi berkata, "sabarlah hati"
sudah panjang kukira coretan hati ini,,
cukuplah dahulu untuk kali ini
sesiapa yang cuba memahami
terima kasih



~~ siap menaip coretan pada pukul 7.50 pagi
~~ hidup perlu terus, hidup perlu kuat,, Allah, berikan kekuatan pada hambaMu ini,,=)




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 17 februari 2010 7.50 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails