kat sekolah ada cikgu baik hati bawakan nasi lemak untuk semua cikgu kat bilik guru
thanx kak radiah
memang sedap nasi lemak akak
cik zira yang jarang makan nasi, sbb lapa tahap dewa, terus ke belakang jamu selera
padahal ade 10 minit jek sebelum masuk kelas
makan dengan laju
amek sket jek nasi
sambal tumis dan ikan bilis harus banyak melebihi nasi
mmg sedap rasa macam nak tambah tapi beringat kena kawal nafsu,,hee
malamnya plak
makan malam dengan khalis seperti biasa
nak cari sotong goreng tepung sedap
tapi masih belum berjumpa yang sesedap kat kuala perlis
makan kat teluk tempoyak
khalis makan bihun tomyam
cik zira makan bihun hainan
dan sotong goreng tepung
bihun nya masya Allah, punyalah banyak berlambak
boleh makan utk 2 org
kalo tahu share jek berdua satu pinggan tuh
kekenyangan sangat2
hari ni plak banyak makan swiss role perisa coklat
makan sorang2 sampai habis
bawa bekal gi skola
kat bilik sambung bg habis, dahla banyak tp leh habiskan sorang2
seb bek sedap,,hee
esok plak akan ada jamuan perpisahan Pn Faridah, PK1 selepas waktu sekolah
ni utk cikgu2 sahaja
tak boleh la puasa sunat sbb dah bayar RM20 untuk jamuan itu
harus dan wajib makan dengan banyak utk tidak membazirkan rm20 yg telah dibayar
harap2 makanan esok adalah sedap dan setimpal dengan harganya
suka sangat cik zira ni bercerita pasal makan kan
dalam2 nak jaga badan tuh
dah tu nak wat cane, makan kat nikmat dan kurniaan Allah yang terindah,,=)
No comments:
Post a Comment